Pengangkutan Lapangan_Terbang_Antarabangsa_Kuala_Lumpur

Pengangkutan antara terminal

Rencana utama: Aerotrain (KLIA)
Stesen aerotren di Bangunan Satelit

Bangunan Terminal Utama dan Terminal Satelit KLIA dihubungkan dengan Aerotren (KLIA Automated People Mover) yang beroperasi dalam kekerapan 3 hingga 5 minit. Tren tiga gerabak tanpa pemandu ini bergerak di atas landasan yang ditinggikan dan juga dibawah laluan teksi pesawat. Perjalanan antara kedua-dua terminal mengambil masa lebih kurang dua minit, dan setiap tren yang boleh memuatkan 250 penumpang dalam satu masa mampu membawa seramai 3,000 penumpang sejam pada kelajuan maksimum 56 km/h (35 mph). Tren ini merupakan satu-satunya pengangkutan untuk penumpang keluar dan masuk dari terminal satelit.

Kereta api

Rencana utama: Express Rail Link

Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur dihubungkan dengan hab pengangkutan KL Sentral di pusat bandar melalui Express Rail Link (ERL) sepanjang 57 km (35 mi). Terdapat dua stesen ERL di lapangan terbang ini: Stesen ERL KLIA di Bagunan Terminal Utama dan stesen klia2 di Gateway@klia2. Terdapat dua perkhidmatan tren ERL di lapangan terbang ini:

  • KLIA Ekspres: Perkhidmatan khas tren lapangan terbang yang berkhidmat tanpa-henti antara KL Sentral and KLIA. Perjalanan ini mengambil masa 28 minit ke/dari KLIA, dan 33 minit ke/dari klia2 dengan tren berhenti selama dua minit di KLIA. Terminal KLIA Ekspres di KL Sentral kini dikenali sebagai Terminal Udara Bandar KL (KL CAT), yang mempunyai kod IATA sendiri, XKL. KL CAT menawarkan perkhidmatan daftar masuk penerbangan sehingga dua jam sebelum waktu berlepas penerbangan untuk penumpang menggunakan Cathay Pacific, Emirates, Etihad Airways, Malaysia Airlines, Malindo Air dan Royal Brunei Airlines.
  • KLIA Transit: Sebuah perkhidmatan rel komuter yang berhenti di tiga stesen tambahan (Bandar Tasik Selatan, Putrajaya/Cyberjaya dan Salak Tinggi) antara KL Sentral dan KLIA. Perjalan ini mengaambil masa 35 minit ke/dari KLIA dan 39 minit ke/dari klia2. Perkhidmatan daftar masuk tren hanya dilakukan melalui kiosk automatik di stesen KLIA Transit.

Teksi dan limosin

Perkhidmatan teksi dan limosin lapangan terbang disediakan oleh Airport Limo. Perkhidmatan teksi dan limosin ini boleh didapati di kaunter Teksi dan Limosin. Perkhidmatan ini disediakan dari lapangan terbang ke pelbagai destinasi di Lembah Kelang dan seluruh Semenanjung Malaysia. Tambang harus dibayar di kaunter dan jumlah bayaran ditentukan berdasarkan zon destinasi. Caj tambahan dikenakan untuk perkhidmatan antara jam 12.00 tengah malam dan 6.00 pagi. Para penumpang dinasihatkan melihat Fare Table untuk maklumat lanjut berkenaan dengan caj.

Rujukan

WikiPedia: Lapangan_Terbang_Antarabangsa_Kuala_Lumpur http://www.aci-asiapac.aero/cda/aci_common/display... http://lcct.airasia.com/ http://prwire.bernama.com/viewprarticle.phtml?aid=... http://www.maskargo.com/fleet/network http://www.routesonline.com/news/38/airlineroute/2... http://www.theedgemarkets.com/article/airasia-fly-... http://www.klia.com.my/ http://www.klia.com.my/index.php?ch=62&pg=138&ac=2... http://www.malaysiaairports.com.my/view.php?dbInde... http://www.nst.com.my/Current_News/NST/Monday/Fron...