Terminal Lapangan_Terbang_Antarabangsa_Kuala_Lumpur

Kompleks Terminal Penumpang (PTC) telah direkabentuk untuk membolehkan cahaya matahari masuk ke dalam bangunan dan meneranginya secara semulajadi. Justeru, jumlah panel kaca dipasang pada bumbung bangunan ini amat besar dan terdapat ruang-ruang antara unit bumbung yang membolehkan cahaya matahari ditapis masuk ke dalam bangunan. Kompleks ini terdiri dari 3 bangunan - Bangunan Terminal Utama, Bangunan Satelit dan Balai Berlepas. Selain dari sebuah hotel yang mempunyai 80 bilik di Bangunan Satelit, terdapat juga hotel 5 bintang Pan Pacific KLIA yang mempunyai 450 bilik terletak lima minit perjalanan dari Bangunan Terminal Utama yang dihubungkan dengan laluan berbumbung. Perkhidmatan kenderaan buggy yang kerap dan percuma juga disediakan untuk pergi ke hotel tersebut. Pusat-pusat membeli-belah juga berada di dalam satu kawasan seluas 85,000 meter persegi.

Bangunan terminal utama dan balai berlepas

Bangunan Terminal UtamaPesawat Boeing 737 AirAsia dan Malaysia Airlines di Balai Berlepas

Bangunan Terminal Utama terletak di antara kedua-dua landasan terbang. Bangunan ini terdiri dari 39 unit bumbung persegi untuk membolehkan bangunan ini diperbesarkan di masa hadapan. Terdapat sebanyak 216 kaunter daftar masuk, diatur dalam 6 barisan, dan dilabel menggunakan abjad A sehingga M (tidak termasuk I). Perkhidmatan daftar masuk multi juga disediakan untuk para penumpang yang tiba, berlepas atau transit. Terdapat 61 dan 69 kaunter imigresen masing-masing untuk penumpang yang berlepas dan penumpang yang tiba, 16 kaunter pemindahan, 32 kaunter kastam dan juga 12 tali penghubung bagasi (10 untuk penumpang antarabangsa dan 2 untuk penumpang domestik). Pada 12 Februari 2007, Malaysia Airports memperkenalkan kios daftar masuk sendiri bersepadu untuk para penumpang. Syarikat penerbangan yang pertama sekali menggunakan sistem ini adalah KLM. Sebanyak 24 kios tambahan akan dipasang kemudian oleh pengendali lapangan terbang.

Balai berlepas merupakan bangunan berbentuk segi empat tepat yang bersambung dengan Bangunan Terminal Utama berfungsi sebagai terminal berlepas dan ketibaan untuk penerbangan domestik. Pada masa kini, Malaysia Airlines menggunakan terminal ini untuk penerbangan-penerbangan domestik. Tetapi bangunan ini tidak lagi digunakan oleh syarikat-syarikat penerbangan tambang murah (AirAsia pernah menggunakan terminal ini sebelum pembinaan Terminal Penerbangan Tambang Murah, LCCT). Di bahagian utara, terminal ini hanya mampu mengendalikan pesawat narrow-body (Boeing 737, Airbus A320). Sebaliknya, terminal ini dapat mengendalikan pesawat sebesar Boeing 747 di bahagian selatan. Oleh kerana bangunan ini terlalu panjang, banyak travelator dipasang dalam balai ini untuk membantu pergerakan para penumpang.

Antara kemudahan-kemudahan yang terdapat dalam Balai berlepas termasuk mesin ATM, pusat kecergasan, bilik sembahyang, bilik merokok, perkhidmatan kesihatan, ruang menunggu syarikat penerbangan, ruang pameran khas mengenai sejarah KLIA, kaunter maklumat dan kios maklumat elektronik. Malaysia Airports Holding Berhad memperoleh 65% daripada keuntungannya setiap tahun melalui sumber-sumebr selain penerbangan, dengan 35% keuntungan melalui sewa tapak perniagaan dan sebahagian kecil daripada hasil jualan. Terdapat pelan permohonan untuk menambah luas dan meningkatkan penggunaan tapak niaga di Bangunan Terminal Utama dan Balai Berlepas, tetapi cadangan ini telah ditangguhkan sempena Tahun Melawat Malaysia 2007.

Terminal satelit A

Terminal Satelit A

Bagunan seluas 143,404 meter persegi ini mengendalikan penerbangan-penerbangan antarabangsa di KLIA. Para penumpang harus menggunakan Aerotren untuk pergi ke bangunan ini dari Bangunan Terminal Utama. Terdapat pelbagai jenis kedai bebas cukai dan butik-butik berjenama yang berprestij di sini. Antara jenama-jenama tersebut adalah Burberry, Dunhill, Mont Blanc, dan Mango yang membuka butik lapangan terbang pertamanya di benua Asia. Minuman alkohol dan minyak wangi adalah sangat popular dan menyumbang kepada lebih separuh daripada hasil jualan diikuti dengan jam tangan dan produk tembakau. Lebih-lebih lagi, Terminal Satelit A juga memuatkan Notel Transit Airside dan beberapa ruang menunggu syarikat-syarikat penerbangan seperti Dynasty Lounge untuk China Airlines, Golden Lounge untuk penumpang antarabangsa Malaysia Airlines dan Silver Kris Lounge untuk Singapore Airlines.

Di bawah pelan peningkatan penggunaan ruang perniagaan Malaysia Airports Berhad, penggunaan ruang perniagaan di Bangunan Satelit A akan dimaksimumkan untuk meningkatkan keuntungan yang diperoleh daripada sewa tapak perniagaan dan peratusan hasil jualan daripada 35% kepada 50% menjelang tahun 2010. Selepas proses pembaharuan selesai, sebuah Jungle Boardwalk yang pertama di dunia akan siap dibina dan aras mezzanine yang lebih besar untuk menampung kedai-kedai makanan dan galeri pemantauan.

Bekas terminal penerbangan tambang murah

Terminal Penerbangan Tambang Murah KLIA

Kawasan terminal penerbangan tambang murah (LCCT) seluas 36,000 meter persegi (390,000 ka2) ini yang kini tidak beropersai telah dibuka di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur pada 23 Mac 2006 untuk menampung bilangan pengguna penerbangan tambang murah yang semakin meningkat, terutamanya penumpang syarikat penerbangan Malaysia "tanpa bawaan", AirAsia. Terminal itu direka dan dibina mengikut keperluan penerbangan tambang murah (LCC), dengan kemudahan terminal terhad. Seperti yang diminta oleh syarikat penerbangan kos rendah, terminal tidak menyediakan jambatan udara, tidak ada kemudahan pemindahan, kemudahan kereta api, dan kemudahan lain yang disediakan di terminal sepenuhnya. LCCT terletak di dalam Zon Sokongan Udara, dan sejak itu berhenti beroperasi pada 9 Mei 2014 dan semua penerbangan tambang murah kini beroperasi dari klia2.

KLIA2


KLIA2 adalah terminal penerbangan tambang murah yang baru di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Malaysia. Terminal ini terletak 2 kilometer dari Bangunan Utama Terminal KLIA (MTB). KLIA2 dibina untuk menampung pertumbuhan pesat dalam pelancongan tmabang murah di rantau ini dan akan menggantikan Terminal Penerbangan Tambang Murah (LCCT). KLIA2 akan dibuka pada Mei 2, 2014 dan semua operasi penerbangan di LCCT akan berpindah ke KLIA2 pada Mei 9, 2014.[4]

Terminal Udara Bandaraya Kuala Lumpur

Terminal Udara Bandaraya Kuala Lumpur (KLCAT) adalah terminal maya tambahan KLIA yang menyediakan khidmat daftar masuk. KLCAT menerima pengiktirafan daripada International Air Transport Association (IATA) dan mempunyai kod IATA XKL. Pada masa ini, hanya 4 syarikat penerbangan menawarkan khidmat daftar masuk, Cathay Pacific, Emirates Airline, Malaysia Airlines dan Royal Brunei Airlines. Namun situasi ini tidak akan berpanjangan kerana 10 AirportConnect CUTE (Common Use Terminal Equipment) kepunyaan SITA akan dipasang pada 10 kaunter daftar masuk di KLCAT yang membolehkan semua syarikat penerbangan lain menawarkan perkhidmatan daftar masuk di tengah-tengah bandaraya Kuala Lumpur. Selain daripada khidmat daftar masuk, pengendali terminal maya ini, Express Rail Link Sdn Bhd yang juga mengendalikan KLIA Ekspres bercadang untuk melancarkan perkhidmatan menuntut bagasi bermula Januari 2008 yang membolehkan para penumpang untuk menuntut bagasi mereka dan mengisyhtiharkan barang-barang cukai mereka di KLCAT.

Rujukan

WikiPedia: Lapangan_Terbang_Antarabangsa_Kuala_Lumpur http://www.aci-asiapac.aero/cda/aci_common/display... http://lcct.airasia.com/ http://prwire.bernama.com/viewprarticle.phtml?aid=... http://www.maskargo.com/fleet/network http://www.routesonline.com/news/38/airlineroute/2... http://www.theedgemarkets.com/article/airasia-fly-... http://www.klia.com.my/ http://www.klia.com.my/index.php?ch=62&pg=138&ac=2... http://www.malaysiaairports.com.my/view.php?dbInde... http://www.nst.com.my/Current_News/NST/Monday/Fron...