Lapangan_Terbang_Pokhara
Lapangan_Terbang_Pokhara

Lapangan_Terbang_Pokhara

Lapangan Terbang Pokhara (IATA: PKR, ICAO: VNPK), adalah lapangan terbang serantau yang berkhidmat di Pokhara di Nepal. Lapangan terbang itu ditubuhkan pada 4 Julai 1958 dan dikendalikan oleh Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Nepal. Lapangan terbang ini menawarkan sambungan tetap ke Kathmandu dan Jomsom; dan sambungan bermusim ke Manang. Pada tahun 2011, Buddha Air iaitu syarikat penerbangan Nepal memulakan penerbangan antarabangsa dari Pokhara ke Lapangan Terbang Antarabangsa Chaudhary Charan Singh di Lucknow, India,[4] dan telah mengumumkan rancangan untuk terbang ke Lapangan Terbang Antarabangsa Indira Gandhi di New Delhi pada masa hadapan.[5]