Tara_Air

Tara Air Pvt. Ltd. adalah sebuah syarikat penerbangan dengan ibu pejabatnya di Kathmandu, Nepal.[2] Ianya adalah anak syarikat Yeti Airlines. Tara Air dibentuk pada tahun 2009 menggunakan pesawat daripada Yeti Airlines dan berpangkalan di Lapangan Terbang Antarabangsa Tribhuvan, dengan hab sekunder di lapangan terbang Surkhet dan Nepalganj. Syarikat penerbangan ini mengendalikan penerbangan berjadual dan perkhidmatan sewa udara dengan pesawat STOL yang sebelum ini disediakan oleh Yeti Airlines. Operasinya tertumpu kepada perkhidmatan lapangan terbang terpencil dan pergunungan.

Berkaitan