Laut_dalam

Kawasan laut dalam ialah kawasan lautan terdalam, yakni di bawah termoklin hingga dasar laut, pada kedalaman lebih daripada 1,800 meter. Cahaya di sini secara asasnya tidak wujud dan kebanyakan organisma-organisma di sini bergantung kepada bahan organik yang luruh dari zon fotik. Para pengkaji pada zaman dahulu menganggap bahawa kehidupan di sini jarang wujud, tetapi penerokaan di sini menunjukkan sebaliknya.[1]Satu anggapan bahawa manusia mengetahui lebih banyak perkara tentang Bulan berbanding dengan zon laut dalam juga pernah diketengahkan.[1] Kehidupan di laut dalam pernah dianggap hanya bergantung kepada bahan organik luruhan dan seterusnya Matahari hingga penemuan koloni undang serta pelbagai organisma lain di lohong hidroterma pada lewat 70-an.Kewujudan kehidupan dalam persekitaran ekstrem ini menyebabkan berlaku perubahan pendapat tentang kehidupan di luar Bumi dalam kalangan saintis. Kini, para saintis menganggap bahawa bulan Musytari, Europa boleh menyokong kehidupan, secara khususnya di bawah lapisan ais Europa, yang terbukti bahawa wujud sebuah lautan air global di bawah lapisan ais itu.[2]