Ciri-ciri Laut_dalam

Suhu

Dari kedalaman 3,000 meter ke bawah, suhu air adalah malar secara lazimnya, iaitu pada sekitar 1.5 °C.[3] Kawasan termoklin wujud di kawasan lautan berlatitud rendah (kawasan khatulistiwa Bumi). Di sini, terdapat perubahan suhu drastik dari kawasan 200 ke 1,000 m, tetapi ciri ini tidak wujud dalam kawasan lautan belatitud tinggi (kawasan kutub Bumi).

Tekanan

Tekanan air meningkat sebanyak 1 tekanan atmosfera selepas kedalaman bertambah 10 meter dan oleh itu, tekanan yang dikenakan terhadap organisma-organisma laut dalam adalah melampau. Namun begitu, para saintis masih tidak dapat memahami kesan tekanan sebegini terhadap organisma laut dalam secara sepenuhnya, memandangkan spesimen organisma laut dalam biasanya mati atau tidak dapat diperhatikan selepas dibawa ke permukaan laut.

Kemasinan

Kemasinan air di laut dalam adalah agak malar di seluruh laut dalam, kira-kira 35 bahagian per ribu. Secara umumnya, memandangkan perbezaan kemasinan di laut dalam adalah sedikit, tiada kesan ketara dari segi ekologi dalam aspek ini.

Ketumpatan

Ketumpatan air di kawasan laut dalam bergantung kepada suhu air serta kemasinan air laut. Di kawasan lautan dengan kedalaman melebihi 2,000 meter, ketumpatan air laut adalah malar, yakni 1.028 g / cm3.[3]

Galeri

  • Graf berkenaan dengan ciri-ciri laut dalam berdasarkan kedalaman air laut. Garis 1 ialah garis kawasan lautan beraltitud tinggi dan Garis 2 ialah garis kawasan lautan beraltitud rendah.
  • Graf suhu melawan kedalaman air laut.
  • Graf ketumpatan air laut melawan kedalaman laut.
  • Graf kemasinan air laut melawan kedalaman laut.

Berkaitan