Le_Comte_de_Monte-Cristo

Le Comte de Monte-Cristo ("Comte Monte-Cristo", tajuk Bahasa Inggeris: The Count of Monte-Cristo) ialah sebuah novel terbit tahun 1844 karya Alexandre Dumas dan Auguste Maquet. Ia diinspirasikan laporan seorang pegawai polis mengenai salah satu suspek yang dihadapinya, Pierre Picaud[1] - seorang lelaki yang membalas dendam terhadap pihak yang cuba menjatuhkan pertunangannya dengan seorang perempuan kaya dengan tuduhan bahawa dia seorang perisik kerajaan England.Novel ini bukan sahaja menjadi antara karya terkenal nukilan Dumas (selain Les Trois Mousquetaires), malah menjadi antara karya paling masyhur dalam kesusasteraan Barat.