Kitaran hidup Lebah_madu

Ratu lebah ditandai dengan titik kuning agar mudah dicam oleh penjaga lebah.

Sepertimana beberapa jenis lebah eusosial yang lain, sesebuah koloni lazimnya terdiri daripada seekor ratu lebah iaitu lebah betina yang subur; beberapa ribu lebah jantan yang subur;[13] dan ribuan lagi lebah pekerja betina yang mandul. Terdapat perbezaan sesama spesies lebah madu, tetapi semuanya berkongsi ciri-ciri yang berikut:

  1. Setiap telur yang dikeluarkan masuk ke dalam sebiji sel dalam indung madu buatan lilin yang dibina dan diacu oleh lebah pekerja. Dengan menggunakan spermatekanya, ratu lebah boleh memilih untuk mensenyawakan telur yang dikeluarkannya, lazimnya bergantung pada kedudukan selnya. Lebah jantan keluar dari telur yang tidak disenyawakan dan oleh itu adalah haploid, sementara lebah betina (ratu dan pekerja) pula keluar dari telur yang disenyawakan dan oleh itu adalah diploid. Larva mula-mula disuap dengan jeli raja yang dihasilkan oleh lebah pekerja, kemudian beralih kepada madu dan debunga, kecuali seekor larva yang hanya disuap dengan jeli raja yang bakal menjadi ratu lebah. Larva ini menyalin kulit berkali-kali sebelum bertukar menjadi pupa.Telur dan larva
  2. Lebah pekerja yang muda membersihkan sarang sambil menyuap larva. Apabila kelenjar-kelenjarnya yang menghasilkan jeli raja semakin lemah dan mengecil, lebah pekerja beralih kepada kerja membuat sel indung. Apabila semakin lanjut usia, lebah pekerja memikul tugas-tugas lain dalam koloni seperti menerima nektar dan debunga daripada lebah pencari mahupun menjaga keselamatan sarang. Kemudian lagi, lebah pekerja melakukan penerbangan orientasi yang sulung dan akhirnya meninggalkan sarangnya untuk menghabiskan saki-baki hayatnya sebagai pencari makanan.Pupa lebah jantan
  3. Lebah-lebah pekerja bekerjasama untuk mencari makanan dan melakukan suatu corak "tarian" (iaitu tarian lebah) untuk menukar maklumat tentang sumber makanan dengan satu sama lain; sungguhpun lain spesies lain tariannya, namun semua spesies Apis yang wujud tetap mempamerkan tabiat sebegini walau apa jua caranya. Jika sumbernya amat dekat dengan sarang, lebah madu juga boleh melakukan tarian yang tidak begitu khusus kepada mana-mana spesies iaitu "tarian bulatan".Keluarnya seekor lebah hitam (Apis mellifera mellifera)
  4. Lebah madu juga melakukan tarian ketar untuk merekrut lebah penerima untuk mengumpul nektar daripada lebah pencari yang kembali.
  5. Ratu lebah yang dara melakukan penerbangan mengawan sulungnya berjauhan dari koloni asalanya, lalu mengawan dengan berbilang ekor lebah jantan sebelum kembali. Lebah jantan ini mati ketika mengawan.Sarang lebah pada sebatang ranting.
  6. Koloni tidak ditubuhkan oleh seekor ratu lebah sahaja bagi kebanyakan jenis lebah, sebaliknya oleh kawanan lebah yang dikenali sebagai "kerumun", yang terdiri daripada seekor ratu lebah yang sudah mengawan dan sekawan besar lebah pekerja. Kerumun ini berpindah secara berduyun-duyun ke sebuah tapak sarang yang ditinjau oleh lebah pekerja terlebih dahulu. Sebaik sahaja tiba, kerumun lebah itu segera membina indung lilin yang baru lalu mula mengeram pelapis lebah pekerja. Pembinaan sarang sedemikian tidak terdapat pada mana-mana genus lebah maujud yang lain, namun terdapat beberapa jenis penyengat Vespidae yang juga membuat sarang baru secara berkerumun (apatah lagi melibatkan berbilang ratu). Begitu juga, lebah tukang membina sarang baru secara berkawanan lebah pekerja, tetapi sarang tersebut dibina sebelum ratu diiring ke tapak, maka kawanan lebah pekerja ini bukan "kerumun" yang sejati.

Berkaitan

Rujukan

WikiPedia: Lebah_madu http://www.culturaapicola.com.ar/apuntes/revistase... http://puspatani.blogspot.com/2009/09/ternakan-leb... http://webcache.googleusercontent.com/search?q=cac... http://www.sciencedaily.com/releases/2008/09/08090... http://www.bio.davidson.edu/people/midorcas/animal... //www.ncbi.nlm.nih.gov/pubmed/16182149 //www.ncbi.nlm.nih.gov/pubmed/19551367 http://books.google.com.my/books?id=96wzC3B0TJUC&l... http://books.google.com.my/books?id=qJ-D4oSxpOAC&p... http://pertanianmjg.perak.gov.my/bahasa/lebah.htm