Lebensraum
Lebensraum

Lebensraum

Konsep Jerman Lebensraum (Sebutan bahasa Jerman: [ˈleːbənsˌʁaʊm]  ( dengar), Bahasa Melayu: "ruang kehidupan") merujuk kepada dasar-dasar dan amalan perintis kolonialisme yang berkembang di Jerman dari tahun 1890an hingga 1940an. Pertama kali diperkenalkan pada tahun 1901,[2] Lebensraum menjadi matlamat geopolitik Imperial Jerman dalam Perang Dunia I (1914–1918), sebagai elemen teras perluasan wilayah Septemberprogramm.[3] Bentuk ideologi yang paling melampau ini telah disokong oleh Parti Nazi (NSDAP) dan Jerman Nazi sehingga pengakhiran Perang Dunia II.[4]Susulan dari kebangkitan kuasa Adolf Hitler, Lebensraum menjadi satu prinsip ideologi Nazisme dan memberikan alasan untuk perluasan wilayah Jerman kedalam Eropah Timur Tengah.[5]Dasar Generalplan Ost Nazi (iaitu Pelan Induk bagi Timur) didasarkan pada prinsipnya. Ia menyatakan bahawa sebahagian besar penduduk asli Eropah Timur perlu dikeluarkan secara kekal (samada melalui pengusiran ke Siberia, dibunuh, atau diperhambakan) termasuk orang Poland, Ukraine, Rusia, dan bangsa Slavic lain yang dianggap kaum paling rendah dan bukan Aryan. Kerajaan Nazi berhasrat memenuhkan tanah-tanah ini dengan kolonis berbangsa Jerman atas nama Lebensraum semasa Perang Dunia II dan selepas itu.[6][7][8] Seluruh penduduk perlu dihancurkan melalui kebuluran, membolehkan lebihan pertanian mereka dibekalkan kepada Jerman.[6]Program strategik Hitler untuk menguasai dunia adalah berdasarkan kepercayaan pada kuasa Lebensraum, yang didorong oleh satu masyarakat berbangsa agung.[7] Orang yang dianggap sebagai sebahagian daripada kaum yang bertaraf rendah, didalam wilayah perluasan Lebensraum, akan dikenakan pengusiran atau penghapusan.[7] Eugenik Lebensraum menganggap hak ketuanan bangsa (Herrenvolk) Aryan Jerman untuk menyingkirkan orang asli yang mereka anggap sebagai bangsa berketurunan lemah (Untermenschen) di atas nama ruang kehidupan mereka sendiri.[7] Nazi Jerman juga menyokong "negara "Aryan lain yang mengejar Lebensraum mereka sendiri, seperti spazio vitaleFasis Itali.[9]

Rujukan

WikiPedia: Lebensraum http://gutenberg.net.au/ebooks02/0200601.txt http://www.cambridgescholars.com/download/sample/6... http://www.yourvietbooks.com/2015/04/ir-one-defini... http://www.obersalzberg.de/utopie-grossgermanische... http://www.obersalzberg.de/utopie-grossgermanische... http://www1.yadvashem.org/yv/en/holocaust/about/04... http://www.bbc.co.uk/history/worldwars/wwtwo/hitle... https://books.google.com/books?id=ZLcDEUZfW4EC https://books.google.com/books?id=ap2yAAAAIAAJ https://books.google.com/books?id=iA-NZ_RgP5kC&q=c...