Penerbitan Lebuhraya_Ke_Neraka

Lebuhraya Ke Neraka ialah filem ke-17 arahan Mamat Khalid dan filem pertamanya yang tidak mengetengahkan genre komedi.[7] Ia mengambil masa 6 tahun untuk disiapkan kerana beliau melakukan banyak perubahan memandangkan Lebuhraya Ke Neraka bertemakan kerohanian.[8] Sebagai pengarah, Mamat mahu memastikan garapan terhadap filem itu dilakukan dengan baik bagi membolehkan penonton merasai penceritaan yang ingin disampaikan. Lebuhraya Ke Neraka bebas daripada sebarang potongan dari pihak Lembaga Penapisan Filem (LPF) dan ada beberapa dialog telah disenyapkan bagi menjaga sensitiviti penonton.[9] Penggambaran filem ini dijalankan pada 2012 di sekitar Pengkalan Hulu, Perak semasa bulan puasa Ramadan.[10] Menurut Mamat, biarpun pada mulanya beliau berasa agak janggal dengan penulisan skrip filem itu, namun beliau nekad untuk mengarahkan filem itu demi satu tujuan iaitu kerohanian.[11]

Tidak mahu berlaku sebarang masalah semasa tayangan, Mamat bertemu dengan Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria untuk meminta pandangannya mengenai skrip Lebuhraya Ke Neraka. Beliau berkata: "Memang saya ada bertemu dan berbincang bincang dengan Mufti negeri Perak untuk merujuk skrip filem ini. Lagipun tidak salah saya merujuk terlebih dahulu kepada pihak yang lebih arif kerana saya tidak mahu memandai-mandai apatah lagi filem ini bergenre ketuhanan dan dakwah,".[12][13]

Rujukan

WikiPedia: Lebuhraya_Ke_Neraka http://www.astroawani.com/berita-hiburan/lebuhraya... http://www.imdb.com/title/tt7304084/ http://www.star2.com/entertainment/movies/movie-ne... http://www.star2.com/entertainment/movies/movie-re... http://www.hmetro.com.my/node/223168 http://www.hmetro.com.my/node/223981 http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2017&d... http://www.mstar.com.my/hiburan/berita-hiburan/201... http://www.mstar.com.my/hiburan/wayang/2017/05/08/... http://peraktoday.com.my/2017/04/mamat-khalid-ruju...