Sejarah Lebuhraya_Maju

Projek ini dicadangkan pada tahun 1995, tetapi telah digantung pada tahun 1997 berikutan Krisis Kewangan Asia 1997. Projek ini dihidupkan semula pada tahun 2004 dan siap pada Disember 2007. Laluan utama lebuh raya kini dibuka pada lalu lintas bermula 13 Disember 2007. Pada Mei 2008, Kosortium Lapangan Terjaya Sdn Bhd (KLT) bertukar nama kepada Maju Expressway Sdn Bhd sementara Lebuhraya Kuala Lumpur-Putrajaya diubah namanya kepada Lebuhraya Maju.