Leerdammer adalah salah satu versi
keju Maasdam dari
Belanda yang dihasilkan dengan menggunakan
susu lembu yang di
pasteur.
[1] [2] Selain Leerdammer, keju Maasdam juga dijual dengan jenama lain seperti Ronduer, Goyweter, dan Fricotal.
[2] Keju Leerdammer dihasilkan di daerah
Zuid-Holland.
[2] Keju ini mempunyai persamaan dengan
keju Emmental dalam hal banyaknya lubang-lubang besar pada bahagian dalam keju.
[1] Namun, isipadu keju ini lebih kecil berbanding dengan keju Emmental dari
Switzerland.
[1] Menurut
lagenda, pembuat keju ahli ingin membuat keju seperti
keju Gouda tetapi mempunyai aroma seperti
keju Emmental.
[1] Akhirnya terciptalah keju Leerdammer.
[1] Keju ini mempunyai masa kematangan yang lebih cepat berbanding dengan keju Gouda ataupun keju Emmental.
[1] Berat keju ini antara 6 hingga 12 kilogram.
[2] Keju Leerdammer memiliki kulit yang tipis dan berwarna kuning yang dilindungi oleh
lilin.
[1]