Lelas_kornea
Lelas_kornea

Lelas_kornea

Lelas kornea, lecet kornea atau abrasi kornea merupakan calar yang terdapat pada permukaan kornea, iaitu sebuah bahagian yang terdapat pada mata.[3] Gejala lelas kornea termasuk kesakitan pada mata, mata menjadi kemerahan, kepekaan terhadap cahaya (fotosensitiviti), dan terasa seperti benda asing berada di dalam mata. Kebanyakan mangsa yang terkena akan pulih sepenuhnya dalam masa tiga hari.[1][4] Penyakit lelas kornea dikenali sebagai corneal abrasion dalam bahasa Inggeris.[5]Kebanyakan kes disebabkan oleh trauma kecil pada bahagian mata sebagaimana boleh berlaku melalui penggunaan kanta sentuh atau tercucuk dengan benda tajam seperti kuku, pen, atau berus alat solekan.[4] Kira-kira terdapat 25% kes lelas korea yang dilaporkan berlaku di tempat kerja. Diagnosis selalunya dilakukan melalui pemeriksaan lampu celahan (slit lamp exam) selepas pewarna fluoresein telah diaplikasikan pada bahagian kornea. Kecederaan yang lebih ketara seperti ulser kornea, bola mata reptur/pecah, sindrom hakisan kornea berulang/jadi semula dan benda asing dalam mata.[1] Pencegahan lelas kornea termasuk penggunaan pelindung mata. Rawatan lelas kornea biasanya menggunakan salap antibiotik sahaja.[1][6]

Rujukan

WikiPedia: Lelas_kornea http://www.diseasesdatabase.com/ddb3108.htm http://www.emedicine.com/emerg/topic828.htm http://www.icd9data.com/getICD9Code.ashx?icd9=918.... https://books.google.com/books?id=sAwmPqZ4YjIC&pg=... https://hellodoktor.com/kesihatan-mata/masalah-lai... https://emedicine.medscape.com/oph/247-overview https://nei.nih.gov/faqs/cornea-corneal-abrasion https://icd.who.int/browse10/2019/en#/S05.0 https://prpm.dbp.gov.my/Cari1?keyword=Lelas+kornea... https://web.archive.org/web/20161107011334/https:/...