Lembaga_Kemajuan_Tanah_Persekutuan
Lembaga_Kemajuan_Tanah_Persekutuan

Lembaga_Kemajuan_Tanah_Persekutuan

Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (LKTP) (bahasa Inggeris: Federal Land Development Authority atau FELDA) adalah satu agensi kerajaan Malaysia yang menangani penempatan semula penduduk luar bandar yang miskin ke kawasan-kawasan yang baru dibangun agar meningkatkan taraf ekonomi mereka. Agensi ini menumpukan kepada pembukaan ladang-ladang pekebun kecil untuk tanaman kontan. Skim-skim FELDA tidak hanya dikhaskan untuk membantu orang Melayu miskin malah beberapa buah Felda terawal seperti Felda LBJ dan Felda Lurah Bilut menerima peneroka pelbagai kaum sperti kaum Cina dan kaum India, begitu juga Felda di Sabah dan Sarawak yang mana peneroka terdiri dari pelbagai kaum dan keturunan yang membentuk sebilangan besar penduduk Malaysia. Sehingga tahun 2000, FELDA mengusahakan tanah sebanyak 9,000 kilometer persegi, kebanyakannya ladang kelapa sawit. Walaupun objektif utama FELDA adalah untuk mengurangkan kemiskinan di luar bandar melalui petempatan semula, ia dilaporkan juga memegang kepentingan minoriti dalam sebilangan bank utama Malaysia.