Budaya Lenggeng

Penduduk Lenggeng terdiri daripada orang Melayu sebagai kaum majoriti dari generasi kedua dan ketiga dari penghijrahan orang-orang Minang Sumatra khususnya dari Luak Agam (satu kawasan bermula di Bukittinggi hingga ke Lubuk Sikaping). Orang-orang Minangkabau dari Luak Agam ini menempati daerah-daerah baru di Negeri Sembilan dan Selangor seperti Jelebu, Lenggeng, dan Port Dickson di Negeri Sembilan, dan Semenyih, Ulu Langat, Tanjung Karang, Ulu Selangor sehingga ke Tanjung Malim. Banyak orang ternama seperti Pak Sako, Dato' Aishah Ghani, Datuk Rais Yatim adalah keturunan Luak Agam. Kaum Cina merupakan minoriti yang agak besar di Lenggeng, yang berasal dari daerah perlombongan di Broga dan Semenyih. Orang India sebagai minortiti ramai terdapat di estet-estet bekas kepunyaan penjajah British.

Orang Melayu di Lenggeng mengamalkan budaya warisan mereka iaitu budaya Minangkabau, Indonesia.