Kontroversi Leo_Burnett_Worldwide

Rencana Taman Negara Guarita ialah salah satu dari beberapa rencana yang terpengaruh oleh kempe iklan terselubung. Gambar utama rencana tersebut pernah digantikan oleh gambar seorang lelaki yang memakai jaket The North Face.

Dalam terjemahan bahasa Inggeris dari salah satu episod Pokémon: The Johto Journeys, iaitu The Whistle Stop, yang pada mulanya ke udara pada 2 Disember 2000, watak James diserap sebahagiannya oleh Victreebell, dan ketika bersusah payah melepaskan diri, ia mengatakan "Leo Burnett and 4Kids are the Devil!" secara terbalik. Eric Stuart, pelakon suara James dalam bahasa Inggeris kemudian menjelaskan[22] bahawa hal itu merupakan bentuk bantahan terhadap keputusan Leo Burnett yang menghentikan pemberian pampasan kepada pelakon suara Pokémon atas penggunaan klip audionya pada promosi untuk acara tersebut. Suara untuk adegan ini kemudian diubah kepada edisi untuk rumah.

Pada tahun 2019, anak syarikat firma ini di Brazil, Leo Burnett Tailor Made melakukan penempatan produk di Wikipedia, di mana mereka menempatkan gambar untuk mengiklankan produk The North Face di Wikipedia,[23][24][25] dan kemudian mengiklankan bahwa memang mereka lah yang melakukan itu pada sebuah video yang diunggah ke YouTube.[26][27] Selepas itu, Wikipediawan menghapuskan gambar tersebut,[28] dan Yayasan Wikimedia mengeluarkan sebuah kenyataan untuk mengutuk perbuatan Leo Burnett Tailor Made.[29]

The North Face kemudian menulis di Twitter untuk menyatakan bahawa mereka telah mengakhiri kempen tersebut dan bahawa "mereka amat percaya kepada misi Wikipedia dan meminta maaf kerana telah melakukan perkara yang tidak sesuai dengan prinsip Wikipedia."[30]