Lepus_arcticus
Lepus_arcticus

Lepus_arcticus

Kelinci Artik (Lepus arcticus), atau arnab kutub, ialah sejenis arnab yang cukup tersesuai dengan habitat kawasan kutub dan pergunungan. Kelinci Artik hidup dengan bulu yang tebal dan selalu menggali lubang ke bawah tanah atau salji untuk memanaskan diri atau tidur. Arnab Artik mempunyai telinga yang lebih panjang, berdiri lebih tegak, dan lebih pandai menjaga diri dalam keadaan sejuk berbanding arnab biasa. Seekor kelinci Artik boleh bersiar-siar atau berhimpit-himpit dengan arnab lain, tetapi selalunya dijumpai bersendirian, adakalanya bersama beberapa teman. Arnab Artik boleh berlari sepantas 40 mph (64 km/h).[2] Pemangsa utamanya ialah serigala artik.