Dalam bidang fizik kosmologi,
Letupan Besar, juga dikenali sebagai
Dentuman Besar[1][2] atau
Ledakan Dahsyat,
[2] merupakan teori saintifik yang mengatakan alam semesta muncul daripada keadaan yang sangat
tumpat dan
panas lebih kurang 13.7 bilion tahun dahulu. Teori Letupan Besar ini berdasarkan cerapan
anjakan merah hukum Hubble tentang jarak galaksi, yang apabila disertakan sekali
prinsip kosmologi mendapati ruang angkasa mengembang menurut
model Friedmann-Lemaître bagi
kerelatifan am. Menurut maklumat yang ada tentang masa silam, pemerhatian ini menunjukkan bahawa alam semesta mengembang daripada keadaan di mana
tenaga dan
jirim dalam alam semesta ini sangat panas dan tumpat. Ahli fizik tidak bersetuju sepenuhnya tentang apa yang berlaku sebelum itu, walaupun kerelatifan am meramalkan wujudnya
ketunggalan graviti.Istilah Letupan Besar digunakan bagi merujuk titik masa apabila pengembangan yang dicerap (
Hukum Hubble) bermula—kira-kira 13.7
bilion (
1.37 × 1010) tahun dahulu (±2%)—dan digunakan untuk merujuk kepada paradigma kosmologi terkini menerangkan asal dan pengembangan alam semesta, begitu juga komposisi jirim awal melalui
nukleosintesis seperti yang diramalkan oleh teori Alpher-Bethe-Gamow
[3]. Satu kesan daripada letupan besar ialah keadaan alam semesta kini berbeza dari keadaan pada masa dahulu atau akan datang (evolusi semula jadi alam semesta sentiasa mengambil tempat). Daripada ramalan model
George Gamow pada 1948, sekurang-kurangnya secara kualitatif, akan kewujudan
sinaran latar belakang gelombang mikro kosmik (CMB)
[4]. CMB ditemui pada 1960-an dan kemudian mengesahkan teori Letupan Besar mengatasi lawannya, teori keadaan tetap.