Letupan_Kambria

Letupan Kambria atau sinaran Kambria[1] adalah suatu peristiwa yang berlaku kira-kira 541 juta tahun dahulu semasa tempoh Kambria, apabila kebanyakan filum binatang utama muncul dalam rekod fosil.[2][3] Hal ini mengakibatkan perbezaan pada kebanyakan filum metazoa moden.[4] Peristiwa itu disertai dengan kepelbagaian utama organisma yang lain.[nota 1]Sebelum letupan Kambria,[nota 2] kebanyakan organisma adalah ringkas, terdiri daripada sel-sel individu yang sesekali diatur kepada koloni. Lebih dari 70 higga 80 juta tahun dahulu, kadar kepelbagaian dipercepat dan pelbagai hidupan mula kelihatan serupa seperti yang ada pada hari ini.[6] Hampir kesemua filum binatang yang sekarang muncul pada tempoh ini.[7][8]