Plot Libas

Adnan Saladin seorang pakar libasan dalam permainan sepak takraw (Libas), sehingga dia di gelar sebagai Raja Libas Malaysia. Kehebatan libasan Adnan sangat di geruni pasukan lawan terutamanya dari pasukan Siam (Thailand), lebih-lebih lagi Ak Nangkhon, “killer” pasukan mereka. Di perlawanan libas yang lalu, Ak Nangkhon secara kotor telah mencederakan kaki Adnan, menyebabkan kehebatannya merosot. Bukan itu sahaja, kecederaan itu juga telah mengakibatkan tekong Malaysia (Dali) parah apabila Adnan gagal menampan libasan kuat Ak Nangkhon lalu terkena dadanya. Akibatnya Malaysia tumpas kepada Thailand untuk kali kedua berturut-turut. Malah jurulatih dan rakan sepasukan, Megat turut menyalahkan Adnan kerana kekalahan itu sehingga jurulatih sanggup memutuskan pertunangan Adnan dengan Ratna anaknya.

Kebimbangan Adnan memuncak bila Mr. Wilson, seorang lelaki Inggeris sanggup menaja perlawan libas pada tahun ini, lebih awal dari selalunya. Masa yang suntuk dan kecederaan kaki yang belum pulih sepenuhnya menjadi masalah yang besar kepada Adnan. Malah kebimbangannya menjadi bertambah kerana pertaruhan perlawanan kali ini adalah bola warisan, simbol keagungan permainan sepak raga yang di warisi oleh orang Melayu sejak lima ratus tahun dahulu. Seandainya kemenangan memihak kepasa pasukan Thailand, bermakna bola warisan menjadi milik mereka untuk selama-lamanya dan Malaysia akan kehilangan bukti bahawa permainan sepak takraw adalah berasal dari Tanah Melayu dan merupakan permainan tradisi orang-orang Melayu. Dan Adnan adalah waris penyimpan bola itu. Tanpa di ketahui oleh Adnan, bola warisan itu kini menjadi buruan oleh pengumpul barang-barang antik yang mengetahui bahawa bola warisan itu memiliki nilai sejarah dan kuasa mistikal. Tawaran terbaru untuk bola itu adalah sebanyak USD 15 juta dan tanpa di ketahui oleh Adnan juga, Mr. Wilson telah bersekongkol dengan pasukan Thailand demi mendapatkan bola itu.

Adnan tertekan bila jurulatih mendesaknya mencari pemain baru bagi berhadapan dengan pasukan Thailand. Bagi Adnan, agak mustahil dalam masa yang singkat dia dapat mengumpul pemain bagi menubuhkan pasukan yang baru. Namun, demi mempertahankan maruah, tradisi dan keagungan adat, Adnan berusaha mencari pemain. Lebih dari itu, Adnan sebenarnya mencari pewaris kepada bola warisan itu, yang menurut jurulatih, pewaris itu haruslah seorang yang sebangsa dengan beliau, seagama dan mempunyai akhlak yang tinggi. Dan bola itu layak di pegang oleh pewarisnya sahaja.

Adnan berfikir siapa yang harus dia ambil sebagai pemain bagi mengekang kehebatan pemain Thailand. Baginya dia masih boleh bergantung harap pada Megat, walaupun Megat masih membenci Adnan kerana kekalahan yang lalu. Tanpa di ketahui oleh Adnan, Megat sudah pun menjadi duri dalam daging bila dia setuju belot setelah di rasuah oleh Ak Nangkhon. Malah sudah menghasut jurulatih untuk menjual permainan kepada Thailand dan memberitahu Ratna bahawa pertunangan Adnan dengannya sudah di putuskan oleh ayahnya. Ratna marah dan menuduh Adnan mementingkan bola warisan lebih dari dirinya.

Sewaktu memandu melewati KLCC, Adnan telah terlihat kehebatan seorang pemuda bernama Hamadi menimang bola futsal, yang dengan kehebatannya itu dapat mempertahankan diri dari serangan tiga remaja yang lain dengan hanya menggunakan sebiji bola dan Adnan menawarkannya untuk bermain libas. Dan Adnan fikir mungkin dialah pewaris bola itu. Namun Hamadi itu menolak tawaran Adnan kerana baginya permainan sepak raga adalah permainan yang ketinggalan zaman. Namun Adnan telah mempamerkan kehebatannya melibas apabila dia menyelamatkan Hamadi dari di pukul oleh tiga remaja tadi yang kembali membalas dendam. Akhirnya Hamadi setuju untuk menyertai libas selepas di beritahu bahawa dia harus mempertahankan maruah negara dalam permainan itu. Bagi Adnan dia harus mendapatkan pemain yang lain bagi mencukupkan satu regu. Sepengetahuan Adnan, Ratna juga mempunyai kehebatan menimang bola. Sewaktu dia ingin menemui Ratna untuk memujuknya menyertai pasukan, Adnan terserempak dengan seorang pemuda gemuk bernama Kumok yang mempunyai kelebihan pada perutnya. Kumok dapat menyambut buah-buahan dan sayur-sayuran yang di lontarkan kepadanya, malah telur yang di lontar tidak pecah bila di tampan dengan perutnya.

Akhirnya Adnan dapat mengumpulkan regu pasukannya iaitu Megat, Hamadi dan Kumok. Adnan berusaha mengajar mereka dengan segala pengetahuan yang dia ada untuk permainan libas. Adnan sedar pasukannya tidak sehebat pasukan lawan. Namun dia masih mengharapkan Megat dapat mengetuai pasukan. Di hari perlawanan, Megat tidak muncul, Adnan resah. Dia terus memupuk semangat Hamadi dan Kumok. Tanpa di duga, mereka berdua dapat mengalahkan pasukan dari China. Semangat Adnan bertambah dan Ak Nangkhon cemas bila melihat potensi pasukan Malaysia. Ak Nangkhon merencana sabotaj kepada pasukan Malaysia yang menyebabkan Kumok dan Hamadi tercedera ketika di perlawanan separuh akhir dengan Iraq. Adnan sedar ada sesuatu yang di kehendaki oleh Ak Nangkhon bila Megat tiba-tiba muncul dalam keadaan parah selepas di belasah Ak Nangkhon. Akhirnya Adnan mengeluarkan bola warisan dari tempat simpanan rahsianya dan mempertaruhkan bola itu untuk perlawanan akhir antara Malaysia dan Thailand.

Di perlawanan akhir pasukan Malaysia teruk di belasah oleh pasukan Thailand. Jurulatih mula kelihatan tidak yakin dan ketika Adnan melambung kain putih mengaku kalah, Ratna muncul untuk menyertai perlawanan. Kelebihan Ratna dengan aura rambutnya menyelamatkan Malaysia dari kekalahan. Dan ketika pasukan Malaysia alpa meraikan kejayaan, bola warisan di curi oleh Mr. Wilson. Namun jurulatih cepat sedar dan Adnan dengan libasan luar biasanya dapat menghalang bola itu dari di bawa lari oleh Mr. Wilson dan lebih mengujakan bila jurulatih dan Adnan ternampak bola itu berada di tangan seorang budak lelaki sambil melaung “Malaysia juara”. Adnan percaya budak itu adalah pewaris kepada bola warisan.