Liga_Bola_Sepak_(Peraturan)_Australia

Liga Bola Sepak Australia (AFL) merupakan pertandingan bola sepak Australia yang terkemuka dan profesional sepenuhnya. Ia pada asalnya dinamakan sebagai Liga Bola Sepak Victoria (VFL) dan diasaskan pada 1896 sebagai pertandingan yang memisahkan diri daripada Persatuan Bola Sepak Victoria (VFA), dengan musim sulungnya pada 1897. Ia menukar namanya kepada Liga Bola Sepak Australia pada tahun 1990 selepas memperluaskan persaingannya ke negeri-negeri Australia yang lain pada tahun 1980-an. AFL juga menerbitkan Undang-undang bola sepak Australia, yang digunakannya, dengan variasi, oleh organisasi bola sepak Australia yang lain.Pertandingan AFL kini terdiri daripada 18 pasukan, yang tersebar di lima negeri tanah besar Australia; termasuk pasukan Tasmania yang tidak dinamakan, yang akan menyertai liga AFL pada 2028. [1] Perlawanan telah dimainkan di semua negeri dan wilayah tanah besar Australia, serta di negara New Zealand dan China untuk meluaskan penonton AFL.Musim AFL pada masa ini terdiri daripada 24 pusingan musim biasa (atau dikenali sebagai "home-and-away" pada Bahasa Inggeris), yang berlangsung semasa cuaca musim sejuk Australia (bermula dari Mac hingga September). Pasukan dengan rekod terbaik selepas musim "home-and-away" akan dianugerahkan sebagai "Kejuaraan Minor" ("minor premiership"). Kemudian, lapan pasukan teratas kemudiannya bermain dalam siri akhir empat pusingan, yang memuncak pada Perlawanan Perdana AFL (Grand Final), yang biasanya diadakan di Padang Kriket Melbourne (MCG) setiap tahun. Pemenang perlawanan perdana akan digelar "Juara Perdana" dan akan dianugerahkan piala dan bendera khas perdana. Pasukan Carlton dan Essendon adalah kelab yang paling berjaya bersama dalam pertandingan liga itu, setelah memenangi enam belas kejuaraan perdana. Geelong ialah juara perdana semasa, setelah memenangi Perlawanan Perdana AFL tahun 2022 .

Rujukan

WikiPedia: Liga_Bola_Sepak_(Peraturan)_Australia https://www.abc.net.au/news/2023-05-02/tasmania-gr... http://www.vafa.com.au/sections/premier/university... http://www.news.com.au/heraldsun/sport/afl/story/0... http://afltables.com/afl/venues/overall.html https://web.archive.org/web/20141023042344/http://... http://www.austadiums.com/stadiums/stadiums.php?id... https://web.archive.org/web/20121004033407/http://... https://web.archive.org/web/20161007123015/http://... http://www.afl.com.au/news/2016-10-07/done-deal-af... http://www.afl.com.au/venue%20information/tabid/82...