Liga_Malaysia

Liga Malaysia merupakan satu kejohanan bola sepak di Malaysia dan ia juga selalunya diringkaskan sebagai Liga M. Penyelenggaraan Liga Malaysia dikelolakan oleh Persatuan Bola Sepak Malaysia. Bola sepak telah bermula di Malaysia seawal tahun 1921 dengan teranjurnya Piala Malaya (iaitu nama asal bagi Piala Malaysia).Ketika ini Liga Malaysia merangkumi kejohanan yang berbentuk liga dan piala. Semenjak pertama kali diadakan iaitu 1921 hingga 1988 kejohanan bola sepak di Malaysia dijalankan secara amatur.Pada tahun 1989 Liga Malaysia telah mengorak langkah ke arah yang lebih baik setelah diperkenalkan liga bertaraf separuh profesional. Mulai musim 1993 Liga Malaysia telah memasuki era profesional sepenuhnya.