Persatuan_Bola_Sepak_Malaysia
Persatuan_Bola_Sepak_Malaysia

Persatuan_Bola_Sepak_Malaysia

Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) merupakan badan yang mentadbir kegiatan bola sepak di Malaysia. Ia bertanggungjawab bagi menguruskan pasukan bola sepak kebangsaan Malaysia dan kejohanan-kejohanan besar yang diadakan di negara Malaysia. Bola sepak tiba di Malaya dengan British. Orang-orang tempatan kemudiannya mempelajari permainan berkenaan. Tidak lama selepas itu, ia menjadi permainan yang terulung di Malaysia. Sehingga akhir abad ke-19, bola sepak menjadi tiang tengah kepada kebanyakan kelab-kelab sukan di Malaysia. Tetapi ianya tidak distrukturkan. Walaupun Liga Bola Sepak Amatur Selangor ditubuhkan, pertandingan hanya terhad kepada kelab-kelab di dalam daerah Kuala Lumpur sahaja. Pejabatnya yang terletak di Kelana Jaya, Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan.FAM merupakan ahli kepada Gabungan Bola Sepak Asia dan FIFA. Jawatan Presiden kini kosong berikutan perletakkan jawatan Tengku Mahkota Johor iaitu Tunku Ismail Idris ibni Sultan Ibrahim Ismail[2] sebagai Presiden pada 25 Mac 2018.[3] Terdapat empat belas persatuan bola sepak negeri di Malaysia.