Kronologi Persatuan_Bola_Sepak_Malaysia

Seperti mana dunia bola sepak yang lain, penyebaran permainan bola sepak juga berkait rapat dengan migrasi koloni ideologi British. Ia dipercayai bahawa permainan pertama di Semenanjung Malaysia pada awal 1900-an sejajar dengan penubuhan kelab di mana bilangan orang luar adalah tinggi di Selangor, Kuala Lumpur, Perak, Johor dan Negeri Sembilan.

  • Pada tahun 1951, Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj - Perdana Menteri Malaysia yang pertama - telah menjadi Presiden.
  • Dalam tahun 1974, pucuk pimpinan FAM telah diambil alih oleh Perdana Menteri Malaysia yang kedua, Tun Abdul Razak Haji Hussein, yang telah berkhidmat hanya setahun.
  • Kerusi tersebut telah diisi oleh Tan Sri Datuk Seri Setia Raja Hamzah Haji Abu Samah Menteri Perdagangan dan Perindustrian pada tahun 1975.
  • Dalam tahun 1984, Sultan Pahang memegangnya sehingga tahun 2014.
  • Kemudian kerusi ini diisi oleh Tengku Mahkota Pahang, Tengku Abdullah.
  • Kongres Pemilihan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) ke-53 diadakan pada 25 Mac 2017 untuk melantik Jawatankuasa Eksekutif FAM bagi penggal 2017-2021. Buat masa ini, hanya jawatan Presiden sahaja telah diketahui di mana Tunku Ismail Idris diisyhtiharkan telah menang tanpa bertanding selepas pencabarnya, Tan Sri Annuar Musa menarik diri.[4]