Sejarah Liga_Premier_Malaysia

Pertandingan bola sepak telah wujud dan bertapak di Malaysia sejak lahirnya kejohanan Piala Malaysia pada tahun 1921. Pertandingan bola sepak secara liga pula hanya bermula apabila Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) menukar format Piala Malaysia pada tahun 1979 dengan mewujudkan peringkat liga satu pusingan sebagai kelayakan ke peringkat kalah-mati Piala Malaysia pada tahun berkenaan. Juara Liga Malaysia hanya mula diiktiraf mulai tahun 1982 apabila piala pusingan liga telah diperkenalkan. Semenjak itu, pertandingan liga bola sepak telah terus diadakan di Malaysia sehingga kini.

Liga Premier Malaysia mula diperkenalkan pada tahun 2004. Liga tahap kedua bermula di Malaysia sejak 1989 selepas penubuhan Liga Bola Sepak Semi-Pro Malaysia Bahagian 2 yang dipertandingkan sehingga tahun 1993 sebelum Liga Semi-Pro ini digantikan dengan penubuhan liga bola sepak profesional yang pertama di Malaysia iaitu Liga Perdana. Liga tahap dua kemudiannya dipertandingkan semula apabila Liga Perdana dibahagikan kepada dua di mana Liga Perdana 2 telah diwujudkan. Liga Perdana 2 kemudian telah digantikan dengan kewujudan Liga Premier Malaysia pada tahun 2004 seiring dengan kewujudan Liga Super Malaysia pada ketika itu.

Pemenang

Maklumat terperinci: Senarai pemenang Liga Perdana

Sejak diasaskan pada 1989, pasukan Kedah mengungguli kejuaraan liga apabila berjaya memenangi gelaran liga sebanyak 3 kali diikuti Selangor dan Terengganu sebanyak dua kali. PKNS FC dari Selangor merupakan Juara Liga Perdana tahun 2011.

Nama Liga

MusimNama
1989 - 1993Liga Bahagian 2
1998 - 2003Liga Perdana 2
2004 -Liga Premier Malaysia