Liga_Super_Malaysia_2011


Liga Super Malaysia musim 2011 merupakan edisi yang ke-8 sejak Liga Super Malaysia diperkenalkan pada tahun 2004. 14 pasukan akan bertanding; 11 pasukan negeri dan 3 pasukan kelab. Dua pasukan terbaik dari Liga Perdana 2010 dinaikkan ke Liga Super tahun ini. Disamping itu, Harimau Muda A, pasukan bawah-21 tahun Malaysia juga menyertai Liga Super tahun ini, menggantikan tempat PLUS FC yang menarik diri dari saingan liga Malaysia pada akhir tahun 2010.Musim 2011 bermula pada 29 Januari 2011 dan berakhir pada 30 Julai 2011. Selangor merupakan penyandang juara liga.