Lily_van_Java

Lily van Java (Bahasa Melayu: Lili daripada Jawa), juga dikenali dengan tajuk Melatie van Java (Bahasa Melayu: Melati daripada Jawa),[1] adalah filem Hindia Belanda tahun 1928 yang diarahkan oleh Nelson Wong. Filem ini rencananya diterbitkan South Sea Film dan dirakam oleh pengarah berbangsa Amerika Syarikat, namun akhirnya diterbitkan oleh Halimoen Film milik Wong Bersaudara. Plot filem ini menceritakan seorang wanita yang dipaksa menikahi pemuda yang tidak dicintainya. Butiran pelakon dan kualiti lakonan mereka tidak jelas, namun filem ini diakui sebagai filem pertama dari serangkaian filem yang diterbitkan Cina Hindia Belanda.[2] Filem ini boleh jadi hilang dari peredaran.