Politik Lim_Ah_Lek

Dalam Pilihan raya umum Malaysia 1995, beliau mengalahkan calon DAP, Syed Ali Mohsin di P83 Bentong, Pahang. PRU 1999, nama beliau digugurkan sebagai calon pilihan raya dan tempatnya digantikan oleh Datuk Seri Liow Tiong Lai.

Beliau terpilih sebagai Timbalan Presiden MCA pada 1986 menggantikan Dato' Lee Kim Sai, semasa Tun Dr Ling Liong Sik menjadi pemangku presiden dan seterusnya presiden . Ketika itu Presiden MCA Tan Koon Swan telah dipenjarakan di Singapura berikutan Skandal Pan El. Dalam Mesyuarat Agung MCA 2000, Dr Ling bertikam lidah dengan Lim Ah Lek. [1]

Pada 2001, beliau pernah dilabel sebagai dari Team B yang menentang parti politik mengawal kebebasan laporan akhbar di Malaysia Team A diketuai oleh Tun Dr Ling Liong Sik. Pertelagahan Ah Lek dan Liong Sik bermula selepas pilihan raya 1999 di mana Ah Lek mahukan Datuk Chan Kong Choy dilantik sebagai menteri penuh.[2]

Sebenarnya MCA mempunyai pengaruh yang kuat terhadap akhbar The Star dan UMNO berpengaruh terhadap Utusan Malaysia dan Berita Harian. Geng 8 dalam MCA iaitu Dato' Chua Jui Meng dan Dato Chan Kong Choy dan diketuai oleh Timbalan Presiden Dato Lim Ah Lek menyokong pendirian masyarakat Cina agar wartawan diberi ruang yang luas untuk bebas dan mengkritik. Beberapa pihak cuba membeli dan mengawal Nanyang Publication.Syarikat pelaburan MCA, Huaren Management Sdn. Bhd. membeli Nanyang Press Holdings membabitkan harga RM230 juta. Pemimpin lain yang menentang perjanjian jual beli ini ialah, Ketua Pemuda, Datuk Ong Tee Keat dan Timbalan Ketua Wanita MCA, Datin Paduka Dr. Tan Yee Kew.[3] Selepas Geng 8, Geng 10 pula dibentuk yang terdiri daripada Ketua Pemuda MCA Johor, Hoo Seong Chan; Datuk Ho Cheng Wang (Perak), Datuk Chong Toh Eng (Selangor), Lau Chek Tuan (Pulau Pinang), Senator Yew Teong Look (Wilayah Persekutuan), Datuk Soon Tian Szu (Melaka), Yip Chee Kiong (Negeri Sembilan), Tan Ken Ten (Kelantan), Toh Chin Yau (Terengganu) dan Chew Kok Woh (Sabah).[4]

Dalam Mesyuarat Agung MCA 2002, Liong Sik dan Ah Lek kekal jawatan sepenggal lagi sehingga 2005 (2002-2005) kerana tidak ada pemilihan.[5] Semua ini berikutan campur tangan / pelan damai yang dikemukakan oleh PM Dr Mahathir Mohamad agar tiada pemilihan MCA 2002. [6]

Pada 2004, Lim Ah Lek dan Ling Liong Sik secara sukarela berundur awal dari politik MCA dan mereka diganti oleh Ong Ka Ting dan Tan Sri Chan Kong Choy.[7][8]

Rujukan

WikiPedia: Lim_Ah_Lek http://ww2.utusan.com.my/utusan/special.asp?pr=PR1... http://ww2.utusan.com.my/utusan/special.asp?pr=pil... http://ww2.utusan.com.my/utusan/special.asp?pr=pil... http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2001&dt... http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2001&dt... http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2001&dt... http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2002&dt... http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2007&dt... http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt... http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt...