Lisa_Surihani
Lisa_Surihani

Lisa_Surihani

Lisa Surihani binti Mohamed (lahir 23 Mac 1986) ialah seorang pelakon, model, pengacara televisyen dan jurucakap produk Malaysia.[1] Beliau mula bergiat aktif dalam dunia hiburan tanah air sejak 1997 ketika berusia 11 tahun menerusi iklan Ovaltine yang menjadi kemunculan sulungnya di televisyen. Penampilan pertama Lisa di layar kaca ialah menerusi drama Gergasi (2002), seterusnya membuat kemunculan sulungnya di layar lebar pada 2006 menerusi peranannya sebagai Lara dalam filem Goodbye Boys arahan Bernard Chauly, sebelum meraih pengiktirafan meluas menerusi filem I'm Not Single (2008) yang melayakkanya menerima anugerah Pelakon Harapan Wanita di Festival Filem Malaysia ke-22. Selepas I'm Not Single, Lisa muncul dalam filem Jangan Pandang Belakang Congkak (2009) sebagai Mustika Sudirman, filem aksi 2010 V3: Samseng Jalanan yang mana watak Kamsah lakonannya telah melayakkan beliau menerima pencalonan bagi kategori Pelakon Pembantu Wanita Terbaik di Festival Filem Malaysia ke-23. Filem lakonannya Lagenda Budak Setan yang mana Lisa memegang watak utama sebagai Ayu, telah melayakkannya menerima anugerah Pelakon Wanita Terbaik di FFM 23 dan Pelakon Filem Wanita Popular di Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2011. Sepanjang kerjaya lakonannya, Lisa telah bekerjasama dengan ramai rakan seangkatannya, termasuk Farid Kamil, Shaheizy Sam, Aaron Aziz, Nur Fazura dan Maya Karin. Bagi peranannya sebagai duta dan jurucakap produk, Lisa telah menjadi duta dan jurucakap bagi pelbagai jenama dan produk termasuk Lip Ice Sheer Color, Freshlook, Rexona, DiGi, Garnier, Sofy BodyFit dan Marigold Peel Fresh. Sebagai pengacara, beliau telah mengacarakan program televisyen termasuk Down Memory Lane (RTM), Mari Menari (Astro Ria) dan HBO Sentral (HBO Asia). Beliau berkahwin dengan Yusry KRU pada 23 Februari 2012 dan kini dikurniakan dua cahayamata. Pada Februari 2017, Lisa dilantik sebagai Duta Muhibah UNICEF Malaysia.[2][3][4]

Lisa_Surihani

Pekerjaan Pelakon, model, jurucakap produk, pengacara
Ibu bapa Siti Amirah Ahmad (ibu)
Mohamed Mahbob (bapa; meninggal dunia 2008)
Pasangan Yusry Abdul Halim (k. 2012)
Anak 2
Tahun aktif 1997–kini
Pendidikan Undang-undang
Saudara Mohamad Azan Mohamed (abang)
Kelahiran Lisa Surihani binti Mohamed
(1986-03-23) 23 Mac 1986 (umur 33)
Kuala Lumpur, Malaysia
Ketinggian 1.60 m (5 ka 3 in)
Pusat pendidikan Kolej Universiti HELP
Universiti Aberystwyth

Rujukan

WikiPedia: Lisa_Surihani http://www.mynewshub.cc/artis/dicabar-yusry-sebab-... http://www.mynewshub.cc/terkini/lisa-surihani-sele... http://news.asiaone.com/News/Latest+News/Showbiz/S... http://english.astroawani.com/entertainment-news/l... http://www.astroawani.com/berita-hiburan/hbo-sentr... http://www.astroawani.com/berita-hiburan/kes-adam-... http://www.astroawani.com/berita-hiburan/saya-berh... http://www.astroawani.com/berita-hiburan/saya-buka... http://www.budiey.com/betul-ke-lisa-surihani-bakal... http://www.budiey.com/filem-papa-i-love/