Sejarah Litar_Antarabangsa_Sepang

Litar ini telah direka oleh Hermann Tilke, yang kemudiannya mereka bentuk kemudahan baru di Shanghai, Bahrain, Turki, Valencia, Singapura, Korea, India dan Texas, TX

Litar ini dirasmikan oleh Perdana Menteri Malaysia yang keempat, iaitu Tun Doktor Mahathir Bin Mohamad pada 7 Mac 1999. Beliau kemudiannya merasmikan perlumbaan Moto GP yang pertama di Malaysia pada 20 April 1999, dan juga perlumbaan Formula Satu pertama di Malaysia.

Pada 23 Oktober 2011, pada pusingan kedua dalam perlumbaan Moto GP 2011, pelumba motosikal dari Itali, Marco Simoncelli, meninggal dunia selepas mengalami kemalangan di selekoh ke-11. Perlumbaan tersebut dihentikan berikutan kemalangan tersebut.