Livermorium

Livermorium (dahulunya Ununheksium) ialah unsur superberat sintetik yang bersimbol Lv (dahulunya Uuh) dan bernombor atom 116. Namaya diterima IUPAC pada 31 Mei 2012.[1]Ia dianggap sebagai ahli yang paling berat dalam kumpulan 16 (VIA), namun belum lagi dikenalpastinya isotop yang cukup stabil untuk membolehkan uji kaji kimia untuk mengesahkan kedudukannya sebagai homolog yang lebih berat daripada polonium.Ia mula-mula dikesan pada tahun 2000, dan sejak penemuan itu, sekitar 30 atom livermorium telah dihasilkan, sama ada secara langsung atau sebagai hasil reputan oganesson, serta dikaitkan dengan reputan daripada empat isotop berjiran dengan jisim 290–293. Isotop yang paling stabil setakat ini ialah livermorium-293 dengan separuh nyawa ~60 ms.