Liverpool
Liverpool

Liverpool

Liverpool (disebut /ˈlɪvəpuːl/) adalah sebuah bandar raya di bahagian Barat Laut England, dibangunkan di sebelah tebing Timur Muara Sungai Mersey. Liverpool adalah sebahagian daripada kawasan yang dipanggil Merseyside.Liverpool dibangunkan di kawasan berbukit rendah, dengan kawasan Bukit Everton setinggi 70 meter sebagai kawasn palingtinggi. Pembangunan Liverpool berterusan sehingga Bootle and Crosby dalam daerah Sefton di sebelah utara, dan sehingga kawasan Huyton dan prescot dalam daerah Knowsley di sebelah Timur. Liverpool bertentang Wallasey dan Birkenhead di seberang Sungai Mersey di sebelah Barat. Pusat bandar Liverpool adalah kiria-kira 8 kilometer daripada Teluk Liverpool dan Laut Ireland.Liverpool ditadbir oleh Majlis Bandaraya Liverpool, satu dari 5 buah Majlis Berkuasa Tempatan dalam Wilayah Metropolitan Merseyside. Liverpool adalah antara bandar utama di England dan mempunyai bilangan penduduk kelima paling ramai. Bilangan penduduk di Liverpool adalah 441,477 dalam tahun 2002, dan untuk kornubasi Merseyside, bilangan penduduk adalah 1,362,026Penduduk Liverpool dipanggil Liverpudlians dan diberikan gelaran "Scousers", jolokan kepada 'scouse', makanan jenis stew. Scouse kini lebih dikaitkan dengan aksen ataupun pelat percakapan orang-orang Liverpool. Anda perlu hanya dengan Jamie Carragher bercakap untuk mengenal aksen "Scouse". Orang Liverpool juga terkenal kerana suka berjenaka (Scouse humour).Pada akhir kurun ke-19, Liverpool megah dengan gelaran "Pelabuhan Kedua Empayar British" (Second Port of the Empire) kerana mengendalikan jumlah kargo paling banyak; hanya pelabuhan London sahaja yang mengendalikan lebih banyak. Liverpool juga menjadi pusat perindutrian, tetapi dalam kurun ke-20, Liverpool kehilangan asas perindustriannya dan kuasa ekonominya merosot. Kini Liverpool antara kawasan pasling daif di Britain. Liverpool terkenal sebagai pusat budaya, khususnya kaitannya dengan muzik pop; Liverpool adalah tempat di mana lahirnya The Beatles, Cilla Black dan Gerry and The Pacemakers. Dalam tahun 2008, Liverpool akan ditabal menjadi Ibu Negeri (Bandaraya) Budaya Eropah (European Capital of Culture).

Liverpool

• Kepadatan 12,950/batu persegi (5,001/km2)
Founded 1207
• Urban 816,900
City Status 1880
Sovereign state United Kingdom
• Musim panas (DST) UTC+1 (British Summer Time)
NUTS 3 UKD52
Ketinggian 230 ft (70 m)
Laman web www.liverpool.gov.uk
Demonym Scouser/Liverpudlian
Zon waktu UTC+0 (Greenwich Mean Time)
Postal Code
• Metro 1,103,089
OS grid reference SJ437905
ONS code 00BY
• Metropolitan borough & City 434,900 (Ranked ke-9)
Admin HQ Liverpool City Centre
Ceremonial county Merseyside
Kod kawasan 0151
Region North West England
• Ethnicity (2005 Estimate)[1] 91.9% White
2.2% Chinese and other
2.1% Asian or Asian British
1.9% Mixed Race
1.9% Black or Black British
• Governing body Liverpool City Council
Constituent country England
ISO 3166-2 GB-LIV
• Jenis Metropolitan borough, City