Kerjaya Liza_Abdullah

Beliau mula dikenali sebagai penyanyi pada tahun 1984 sebelum namanya menjulang sebagai pelakon sejak membintangi filem Ali Setan bersama Azmil Mustapha dan Fauziah Ahmad Daud pada 1985. Beliau sering muncul dengan watak komedi dan lakonannya yang paling diingati adalah sebagai kekasih AR Badul dalam filem Pagar-pagar Cinta serta gadis sunti dalam Jejaka Perasan bersama Salih Yaacob. Pada tahun 1998 beliau kembali merakamkan lagu menerusi album Samarinda yang berkonsepkan pop etnik.

Bakat lakonan beliau terus diberi perhatian apabila saban tahun muncul dalam drama TV di kebanyakkan stesen TV di Malaysia. Beliau pernah dicalonkan untuk kategori Pelakon Wanita Terbaik (Drama) Anugerah Skrin pada edisi penganugerahan tahun 1995 menerusi drama ?. Pada tahun 2013, beliau dicalonkan sekali lagi dan kali ini untuk kategori Pelakon Pembantu Wanita Terbaik (Drama) Anugerah Skrin menerusi lakonan mantapnya dalam drama Neraka Abah.