Variasi Loli_ais

Aiskrim potong

Satu variasi tempatan bagi loli ais dikenali sebagai aiskrim potong. Cara pembuatannya lebih kurang sama seperti loli ais biasa. Bezanya, satu acuan segiempat besar digunakan untuk membuat banyak aiskrim, dan larutan yang telah beku dipotong sama besar mengikut saiz yang dikehendaki. Kaedah ini membolehkan aiskrim potong dihasilkan pada kos yang lebih rendah daripada loli ais biasa.

Aiskrim Malaysia

Seorang budak lelaki sedang memakan loli ais tanpa tangkai (dikenali sebagai Aiskrim Malaysia di Malaysia)

Aiskrim Malaysia merupakan sejenis loli ais tanpa tangkai yang pernah popular suatu masa dahulu. Pembuatannya juga sangat mudah, iaitu dengan mengisi tiub plastik dengan air berperisa seperti asam boi, jagung, sirap bandung, Milo, dsb., mengikat hujung tiub tersebut dan seterusnya menyimpannya di dalam petak pembeku pada peti sejuk. Kini, aiskrim Malaysia semakin sukar untuk dicari di kawasan bandar, tetapi ia masih boleh didapati dengan mudah di kawasan kampung.[2] Di luar negara, ia dikenali dengan sebagai "freezie" atau ice pop, freezer pop.