Perwatakan Lord_Voldemort

Tom Marvolo Riddle ketika berusia 16 tahun lakonan Christian Coulson dalam Harry Potter and the Chamber of Secrets (filem)

Voldemort boleh digambarkan mempunyai kulit yang putih pucat, tiada hidung malah mempunyai lubang hidung yang seakan-akan ular, bermata merah, kurus, dan mempunyai tangan dan jari yang panjang. Dalam filem pertama, dia mempunyai mata merah dan hidung biasa. Tetapi, dalam filem keempat, dia lebih menyerupai ular dan mempunyai mata hijau. Tiada yang ditunjukkan dalam buku yang dia ialah botak.

Walau bagaimanapun, ketika masih Riddle muda, dia mempunyai wajah yang kacak, berambut hitam sebelum dia mula berkecimpung dengan lebih dalam ilmu hitam. Wajahnya bertukar mungkin disebabkan proses memecahkan jiwanya untuk mencipta Horcrux sebagai mana yang kita ketahui bahawa Voldemort ingin mencapai keabadian melalui Horcrux.

Voldemort juga mementingkan keturunan sihir "darah tulen" walaupun dia berdarah campur. Voldemort memandang hina kepada Muggle, yang disebabkan bencinya dia kepada bapanya yang mengabaikan ibunya.

Dalam banyak perkara, Voldemort dilihat sebagai orang yang anti-sosial; zalim, tidak bertimbang rasa dan tidak berperikemanusiaan. Dia menafikan hak dan perasaan orang lain dan merasakan dunia ini di bawah kehendaknya.

Perangai Voldemort telah menjadi-jadi sejak kecil. Dia mahu menjadi "istimewa" dan "hebat" dan dia berupaya mengawal sihir tanpa tongkat sakti pada usia yang sangat muda. Dia mula membenci namanya sendiri kerana ia berkaitan nama ayahnya yang dibenci dan juga sebab nama "Tom" yang terlalu biasa di England dan berminat dengan nama Riddle. Dengan itu, dia mencipta nama baru melalui pengubahsuaian atau anagram.

Seperti Darth Vader yang "lebih seperti mesin berbanding manusia," Voldemort pula "lebih seperti hasil sihir berbanding manusia." Apabila menerangkannya kepada Harry, Hagrid menyifatkannya tidak seperti manusia untuk dia mati.

Voldemort juga Parselmouth: kebolehan untuk bertutur menggunakan bahasa ular. Kebolehan ini diwarisi oleh leluhur mereka iaitu Salazar Slytherin. Walaupun dialah waris terakhir, dia telah menurunkan kebolehannya kepada Harry ketika cuba untuk membunuhnya dahulu.

Voldemort juga merupakan Legilimen dan Oklumens terhebat di dunia, yang bermakna dia boleh mengetahui minda manusia dan menutup mindanya dari diketahui orang lain.

Dalam keangkuhannya, Voldemort juga kadang kala menunjukkan kesilapannya yang sering lupa dalam perkara yang kecil yang membawa kepada kesilapan. Dalam buku pertama, dia menyatakan yang dia terlupa akan sumpahan pelinduing yang ditinggalkan ibu Harry ketika mengorbankan diri untuk menyelamatkan Harry. Dalam buku yang kedua juga terlupa yang air mata Phoenix mampu menyembuhkan luka. Ada juga yang berpendapat yang lirikan mata Dumbledore ketika Harry memberitahu Voldemort telah kembali dengan menggunakan darahnya seolah-olah menunjukkan yang Voldemort terlupa sesuatu.

Tongkat sakti Voldemort diperbuat daripada kayu yang bermutu yang menghasilkan cecair beracun, 13 ½ inci panjang dan mempunyai teras bulu Phoenix. Dalam filem, ia mempunyai pemegang daripada tulang. Pembuat tongkat sakti itu, Ollivander, memperolehi bulu phoenix daripada phoenix peliharaan Dumbledore, Fawkes. Yang ganjilnya, Fawkes memberikan dua helai bulunya dan satu lagi itu berada di teras tongkat sakti kepunyaan Harry. Oleh kerana tongkat mereka mempunyai teras yang berasal dari punca yang sama, ia tidak akan berkesan dengan baik apabila menentang satu sama lain. Malah, apabila mereka memaksa untuk berlawan juga, apa yang akan berlaku ialah Priori Incantatem (Incantatelm Terdahulu) atau "pembalik kesan jampi," yang mana setiap tongkat sakti akan memaksa yang lagi satu untuk menunjukkan semula bayangan jampi yang telah mereka lakukan dalam susunan kronologi terbalik. Perkara ini memainkan peranan penting ketika Harry melarikan diri dari Voldemort dalam Harry Potter dalam Piala Api.

Selepas beberapa spekulasi yang ditimbulkan Rowling yang memberitahu ketakutan sebenar Voldemort ialah "kematian yang mengaibkan," dan jika boggart muncul di hadapannya, ia akan menjelma menjadi mayatnya. Apa yang diidamkan Voldemort ialah mendai orang yang paling berkuasa dan abadi selamanya – yang mana dia dapat melihatnya jika melihat Cermin Tarsah. Dumbleodre juga menyatakan yang dalam diam, Voldemort pating takuti mayat dan kegelapan, walaupun "suatu yang tidak kita ketahuilah yang kita takuti apabila kita melihat kematian dan kegelapan. Tidak lebih daripada itu".

Dumbledore mungkin ketahui hal tersebut ketika berhadapan dengan Voldemort dalam penghujung Harry Potter dalam Kumpulan Phoenix, ketika kedua-duanya bertelingkah kata:

VOLDEMORT: Kau tak mahu bunuh aku, Dumbledore? Tak sanggup bertindak kejam, ya?"DUMBLEDORE: Kita berdua tahu yang ada cara lain untuk musnahkan seorang lelaki, Tom. Mengambil nyawa awak sahaja tak cukup untuk memuaskan hati saya, saya akui itu… VOLDEMORT: Tiada apa yang lebih dahsyat daripada mati, Dumbledore!DUMBLEDORE: Awak silap.