Los_Angeles_Times

Los Angeles Times (kadang-kadang disingkat LA Times atau L. A. Times) merupakan akhbar harian Amerika Syarikat yang telah diterbitkan di Los Angeles, California, sejak 1881. Ia mempunyai edaran keempat terbesar di kalangan surat khabar Amerika Syarikat, dan merupakan akhbar A.S. yang terbesar yang tidak beroperasi di pantai timur.[2] Akhbar ini terkenal dengan liputan isu-isu yang amat penting di pantai barat A.S., seperti trend imigresen dan bencana alam. Ia telah memenangi lebih daripada 40 Hadiah Pulitzer untuk liputannya dan isu-isu lain. Sehingga 18 Jun 2018, pemilikan akhbar ini dikawal oleh Patrick Soon-Shiong, dan editor eksekutif Norman Pearlstine.[3]

Los_Angeles_Times

Pemilik Nant Capital
Los Angeles Times Communications LLC
Diasaskan 4 Disember 1881; 137 tahun yang lalu (1881-12-04) (sebagai Los Angeles Daily Times)
Bahasa Inggeris
ISSN 0458-3035
Penerbit Ross Levinsohn
Edaran 653,868 harian
954,010 Sunday[1] (pada Mac 2013)
Ibu pejabat 2300 E. Imperial Highway
El Segundo, California 90245
Nombor OCLC 3638237
Laman sesawang www.latimes.com
Penyunting Norman Pearlstine
Negara Amerika Syarikat
Jenis Akhbar harian