Lotus_Europa_S
Lotus_Europa_S

Lotus_Europa_S

Lotus Europa S adalah kereta 2 tempat duduk jenis GT yang direka sebagai pelengkap kepada varian model kereta sport Lotus Elise dan Lotus Exige yang sangat berjaya. Nama tersebut diambil daripada model legenda Lotus Europa pada tahun-tahun 1960-an dan 1970-an.Europa S adalah kereta ringan seberat 995 kg dengan enjin 149 kW (200 bhp) 2.0 L. Ia menggunakan kerangka alunimium yang dipanjangkan dan disambung dengan panel badan komposit serta struktur yang direka bagi menangani perlanggaran arah hadapan.Model Europa S lebih "santai" daripada Elise/Exige dengan but lebih besar, penebatan bunyi lebih baik, serta capaian kabin lebih mudah hasil daripada bahagian tepi kerangka yang lebih rendah dan garisan bumbung lebih tinggi. Ia turut dilengkapi ciri-ciri mewah seperti pendingin udara, sistem audio stereo, kemasan dalaman kulit, serta permaidani dalaman sebagai peralatan piawai mengikut tradisi kereta GT Eropah.Asalnya kereta tersebut dirancang untuk dikeluarkan di kilang induk Proton di Malaysia, membolehkan ia dijual pada harga lebih rendah, tetapi akhirnya syarikat memilih kilang Lotus di Hethel untuk pengeluaran.[1]Penghantaran Europa S bermula September 2006 dari kilang Lotus di Hethel, Norfolk, UK. Pada awalnya kereta tersebut tidak dirancang untuk dijual di Amerika Syarikat atau Kanada, memandangkan pengecas turbo buatan Opel/Vauxhall tidak diluluskan bagi memenuhi piawaian emisi di kedua-dua negara tersebut.

Lotus_Europa_S

Tinggi 1120 mm
Lebar 1850 mm
Pengilang Lotus Cars
Jarak roda 2330 mm
Pengeluaran 2006-sekarang
Stail badan Coupe 2 pintu
Kelas Kereta sport
Panjang 3900 mm
Enjin 1998 cc 4 sebaris dengan pengecas turbo
Penghantaran Manual 6 kelajuan