Opel
Opel

Opel

Opel (Opel, disebut [ˈoːpl̩]) merupakan pengilang automobil Jerman, anak syarikat pembuat kenderaan Perancis Groupe PSA sejak Ogos 2017. Dari 1929 sehingga 2017, Opel dimiliki oleh pembuat kenderaan Amerika General Motors. Kenderaan Opel dijual di United Kingdom di bawah jenama Vauxhall.Opel menjejak akarnya kepada pengeluar mesin jahit yang diasaskan oleh Adam Opel pada tahun 1862 di Rüsselsheim am Main. Syarikat itu mula membuat basikal pada tahun 1886 dan menghasilkan kereta pertama pada tahun 1899. Selepas penyenaraian di pasaran saham pada tahun 1929, General Motors mengambil alih kepentingan utama dalam Opel dan kemudiannya penuh kawalan pada tahun 1931, mewujudkan pemerintahan Amerika ke atas pembuat kereta Jerman selama hampir 90 tahun.[1]Pada Mac 2017, Groupe PSA bersetuju untuk membeli Opel dadi General Motors pada harga €2.2 bilion, menjadikan pembuat kereta Perancis sebagai kedua terbesar di Eropah, selepas Volkswagen.[7]Opel beribupejabat di Rüsselsheim am Main, Hesse, Jerman. Syarikat ini merekabentuk, menjuruerakan, mengilang dan mengedarkan kenderaan penumpang, kenderaan komersial biasa dan bahagian kenderaan berjenama Opel bersama-sama dengan jenama kembar British Vauxhall di 50 negara di seluruh dunia.[8]

Opel

Industri Automotif
Tempat dibekalkan Afrika
Asia
Eropah
Amerika Selatan[2](pp. 40, 41)
Bilangan kawasan 10 kemudahan perkilangan
Output pengeluaran ▲ 1.2 juta kenderaan (2016)[3]
Induk General Motors (1929–2017)
Groupe PSA (2017–present)[1]
Bilangan pekerja 37,000 (2017)[3]
Anak syarikat Opel Eisenach
Opel Special Vehicles[6](Exhibit 21)
Vauxhall
Perancang utama
  • Michael Lohscheller (CEO)
Ibu pejabat Rüsselsheim am Main, Hesse, Jerman
Pengasas Adam Opel
Laman sesawang opel.com
Keluaran Automobil
Kenderaan komersial
Ditubuhkan 21 Januari 1862; 158 tahun yang lalu (1862-01-21)[1]
Hasil ▲ $18.7 bilion (2016)[4]
Pembahagian Opel Performance Center[5]
Jenis Anak syarikat