Opera
Opera

Opera

Opera (Tulisan Jawi: اوڤرا) ialah salah satu seni dalam cabang teater yang mana keseluruhan pementasannya disampaikan dalam bentuk nyanyian, lakonan dan memerlukan ensembel muzik yang besar seperti orkestra. Opera tidak boleh disamakan dengan teater muzikal (pementasan drama biasa) kerana terdapat banyak perbezaan di dalam corak persembahan, cara penyampaian vokal, cara penulisan and gubahan; dan juga keperluan untuk orkestra. Menurut terjemahan literal perkataan Itali, "opera" bererti kerjasama antara komposer dan penulis libreto; dan menggabungkan beberapa seni persembahan, seperti lakonan, pemandangan, kostum, dan kadang-kala berserta dengan tarian atau balet. Persembahan opera lazimnya dibuat di rumah opera, disertai dengan orkestra, yang dipimpin oleh konduktor muzik.Opera bermula di Itali pada sekitar tahun 1600; adalah muzik klasikal tradisi Eropah atau juga dikenali sebagai muzik barat. Opera menggunakan unsur-unsur percakapan dan nyanyian, mementingkan set latar belakang pentas, kostum yang bersesuaian dengan jalan cerita opera, dan juga seni lakonan dan tarian. Berbanding dengan pementasan drama biasa, opera secara umumnya mementingkan keperluan gubahan muzik kompleks dan teknik nyanyian vokal. Selain dari penyanyi solo, opera juga disertai dengan ensambel korus diiringi dengan simfoni penuh, juga lebih dikenali sebagai orkestra. Opera juga kerap disampaikan dalam bentuk tarian, terutamanya opera Perancis.