Balet
Balet

Balet

Balet merupakan bentuk tarian formal yang berasal dari Istana era Renaissance Itali, yang kemudiannya berkembang selanjutnya di Perancis dan Rusia sebagai bentuk tarian konsert. Ia merupakan tarian berbentuk amat teknikal dengan kosa katanya tersendiri. Ia berpengaruh sebagai bentuk tarian seluruh dunia dan diajar di sekolah tarian seluruh dunia yang menggunakan kebudayaan dan masyarakat mereka sendiri bagi memodenkan seni ini. Tarian balet direka tari, dan termasuk membuat mimos, berlakon, dan menurut muzik balet (biasanya orkestra tetapi kadangkala menurut penyanyi). Ia paling dikenali dalam bentuk balet klasik, terkenal kerana tekniknya, seperti "en pointe" dan berputar pada hujung ibu jari kaki, lemah gemalai, gerakan tepat, licin, dan kualiti yang berupa syurgawi. Perkambangan lanjut termasuk balet klasik baru (neoclassical) dan balet semasa (contemporary).Etimologi kata "balet" berkait dengan sejarah bentuk seni itu. Perkataan "balet" datangnya dari [[bahasa Perancis) dan dipinjam ke dalam bahasa Inggeris sekitar kurun ke-17. Perkataan Perancis pula berasal dari bahasa Itali balletto, diambil dari kata ballo (menari). Balet akhirnya dijejak kepada bahasa Latinballare, bererti menari.[1]