Louis XVIII (
Louis Stanislas Xavier de France; 17 November 1755 – 16 September 1824) adalah Raja
Perancis dan
Navarre bermula pada tahun 1814 sehingga 1824, diturunkan
Seratus Hari pada tahun 1815. Louis XVIII menghabiskan 23 tahun dalam buangan dari tahun 1791 sehingga 1814 akibat
Revolusi Perancis, dan berada dalam buangan sekali lagi selama 100 hari pada tahun 1815 apabila
Napoleon Bonaparte pulang dari
Elba. Baginda mendiami beberapa tempat dalam buangan termasuk
Prusia, United Kingdom dan
Rusia.
[1]Republik Perancis telah menghapuskan keberajaan dan menurunkan Raja
Louis XVI daripada takhta pada 21 September 1792.
[2] Meskipun keberajaan dimansuhkan, Louis XVIII telah mengantikan anak saudara baginda,
Louis XVII sebagai Raja
titular setelah kemangkatan penjawat terdahulu dalam tahanan penjara pada Jun 1795.
[3]Selama 23 tahun, revolusi dan perang telah mengasingkan keturunan Bourbon daripada takhta Perancis sehingga tahun 1814, apabila tentera
gabungan telah menawan Paris dari Napoleon Bonaparte. Louis XVIII telah dimahkotakan semula di mana beliau dan para setiaraja menganggap hak tempat beliau. Louis XVIII memerintah sebagai Raja bagi tempoh kurang sedikit sedekad, dalam tempoh yang dikenali sebagai Zaman
Pengembalian Semula Bourbon. Pengembalian Semula Bourbon adalah sebuah sistem
raja berperlembagaan (tidak seperti Ancien Régime, di mana ia adalah
raja mutlak). Sebagai sebuah kerajaan raja berpelembagaan, tanggungjawab diraja Louis XVIII telah dikurangkan dengan besar oleh pelembagaan baru Perancis iaitu
Piagam 1814. Louis tidak memiliki putera sendiri; oleh itu mahkota diserahkan kepada adindanya,
Charles, comte Artois.
[4] Baginda merupakan raja Perancis terakhir yang meninggal dunia semasa masih memerintah.