Love_Me_Butch

Love Me Butch ialah sebuah kumpulan muzik Malaysia yang membawa lagu-lagu bergenre post-hardcore. Kumpulan ini ditubuhkan pada 1997, dianggotai oleh Syarul Reza (vokal), Wing Meng (gitar), Kevin Kong (bes) dan Jana Nair (dram). Kumpulan ini menyampaikan lagu-lagu berbahasa Inggeris dan telah meneerbitkan tiga album studio.Kumpulan ini turut mengambil bahagian dalam Rockaway 2012 yang dianjurkan oleh Livescape Asia.[1] Bergandingan dengan kumpulan Hujan, Love Me Butch melangsungkan konsert jelajah mereka pada sekitar Mei-Jun 2013, yang digelar "Hujan X Love Me Butch Tour 2013".[2][3]Pada September 2015, Love Me Butch telah mengumumkan pengunduran Syarul Reza sebagai vokalisnya di laman Facebook mereka. Difahamkan yang Syarul meninggalkan kumpulan itu kerana mengikut keluarganya menetap di Melbourne, Australia. Mereka turut menyatakan akan terus aktif selepas ketiadaan Syarul dan akan tampil dengan vokalis baru.[4]

Love_Me_Butch

Berasal dari Kuala Lumpur, Malaysia
Pengkarya berkait Chicosci
Syarikat rakaman Posse Records, One Armed Productions
Laman sesawang www.lovemebutch.com
Genre Post-hardcore, rock alternatif
Bekas ahli
  • Syarul Reza
  • Wing Meng
  • Kevin Kong
  • Sukhwinder Singh
  • Jana Nair
Tahun aktif 1997-2015