Lu_Pikir_La,_Nabil
Lu_Pikir_La,_Nabil

Lu_Pikir_La,_Nabil

Lu Pikir La, Nabil! ialah siri animasi pendek Malaysia yang dicipta oleh Nabil Ahmad, dan diterbitkan oleh Ed-Online Technologies Sdn Bhd dan ASTRO. Siri ini mengisahkan seorang kanak-kanak bernama Nabil yang penuh dengan angan-angan, kisah persahabatan, serta kekalutan perangai orang kampung. Ia diterbitkan di saluran YouTube MeleTOP. Konsep animasi ini mengambil latar belakang kampung Nabil iaitu Kampung Kayu Ara, Mambau, Negeri Sembilan. Ia turut mengetengahkan dialek tempatan sebagai perantara dialog utama. Nama dan watak-watak di dalam siri animasi ini juga mengambil inspirasi dari kehidupan kanak-kanak Nabil.Mulai Mac 2022, siri animasi ini boleh ditonton di saluran YouTube khas Lu Pikir La Nabil dengan kemunculan musim ke dua, dan watak-watak baharu. Ia juga boleh ditonton di kaca TV mulai 12 Mac ini pada setiap Sabtu 3 petang di Astro Ceria & Setiap Ahad jam 3 petang di Astro Prima.

Lu_Pikir_La,_Nabil

Status masih berjalan
Bahasa Bahasa Melayu Negeri Sembilan
(Dialek Negeri Sembilan)
Negara asal Malaysia
Pelakon suara Nabil Ahmad,
Didi,
Azizi,
Khairul,
Hakeem,
Nora
Penerbit eksekutif Syazly Sharkawi
Sim Yao Low
Pengarah Nabil Ahmad
Amin Daud (Pengarah Seni)
Syukur Majid (Pengarah Animasi)
Penerbit Tan Chiang Loong
Tempoh siaran 4 min/episod
Julung kali ditayangkan di Malaysia
Siaran asal 14 Oktober 2021
Pencipta Nabil Ahmad
Format 1080i
Bilangan episod 4
Penyunting Elok
Genre Komedi
Ditulis oleh Nabil Ahmad
Ila Maarof
Bilangan musim 1
Saluran asal Musim 1
Astro Ceria
Astro Prima
Musim 2
Astro Warna
Dibangunkan oleh Ed-Online Technologies
dan ASTRO