Ciri-ciri Lufengpithecus

Seperti Sivapithecus, Lufengpithecus mempunyai gigi geraham yang berat dan gigi taring yang besar. Gigi geraham kecil ketiga bawah kadang-kadang mempunyai kuspa kedua yang kecil, menandakan peralihan daripada peranan utama gigi tersebut sebagai gigi pemotong dalam spesies mawas yang lain. [ <span title="This claim needs references to reliable sources. (March 2012)">rujukan diperlukan</span> ]Walaupun Lufengpithecus pada umumnya dianggap sebagai ahli Ponginae yang primitif oleh kebanyakan pemerhati Barat, namun saintis China telah mencatatkan satu set ciri-ciri yang lebih menyerupai hominin. Ini termasuk jarak antara mata yang luas, morfologi bawah hidung "keafrikaan", sinus hadapan, dan beberapa persamaan pergigian. Di samping itu, sisa-sisa pangkal dan belakang kranium menunjukkan bahawa mawas Lufengpithecus mungkin telah menjalani adaptasi untuk mampu berjalan dengan dua kaki. [ <span title="This claim needs references to reliable sources. (March 2012)">rujukan diperlukan</span> ]Sekeping serpihan rahang bawah dengan P4 dan M1 dari tapak Longgupo di Sichuan, China, yang pada awalnya diberikan kepada genus Homo, kini dikatakan serupa dengan Lufengpithecus, menunjukkan bahawa genus mawas ini mungkin berjaya hidup sehingga dua juta tahun yang lalu, barangkali bertindih dengan Gigantopithecus dan Pongo purba di rantau ini. Salah satu pengarang asal yang memberikan spesimen Longgupo kepada Homo sekarang menganggapnya sebagai "mawas misteri".[2]

Satu spesies yang mungkin bertalian rapat dari Thailand digolongkan dalm genus Khoratpithecus di bawah nama spesifik chiangmuanensis.[3] Spesies ini hanya diketahui daripada giginya yang nampaknya merupakan antaraan dalam morfologi antara Sivapithecus dan orang utan moden. Spesies ini hidup kira-kira 10 juta tahun yang lalu dan mungkin merupakan leluhur kepada orang utan moden. [4]