Lumba_basikal_di_Sukan_Olimpik_Musim_Panas

Lumba basikal telah diacarakan dalam setiap Sukan Olimpik Musim Panas sejak kelahiran pergerakan Olimpik moden pada Sukan Olimpik Musim Panas 1896, di mana satu acara lumba basikal jalanan dan lima acara lumba basikal balapan diadakan. Lumba basikal untuk wanita tidak diacarakan dalam program Olimpik sehingga tahun 1984, apabila lumba basikal jalanan wanita diadakan. Wanita juga telah bertanding dalam acara balapan sejak tahun 1988. Lumba basikal gunung untuk lelaki dan wanita telah diacarakan di dalam sukan Olimpik pada tahun 1996, diikuti oleh BMX pada tahun 2008.Sukan Olimpik Musim Panas 2012 yang dianjurkan di London akan menjadi sukan Olimpik yang pertama yang mengacarakan jumlah acara yang sama untuk lelaki dan wanita, dan melibatkan semua cabang acara lumba basikal, termasuk lumba basikal balapan yang sebelum ini mempunyai lebih ramai peserta lelaki berbanding wanita.[1]