Luncur_papan_salji
Luncur_papan_salji

Luncur_papan_salji

Meluncur papan salji (bahasa Inggeris: Snowboarding) merupakan sejenis permainan bagi musim sejuk. Permainan ini dimainkan dengan menaiki sekeping papan salji menuruni cerun yang dilitupi salji. Papan salji dilekatkan kepada kaki peluncur menggunakan sejenis but khas dan alat yang dikenali sebagai binding. Kebiasaanya peluncur papan salji ini memerlukan sepasang baju dan seluar khas serta peralatan lain seperti gogal dan sarung tangan yang bersesuaian. Permainan ini hanya dimainkan di negara-negara beriklim sederhana yang mempunyai salji.Aktiviti luncur papan salji berasal dari luncur air dan luncur papan selaju, dan ia mempunyai sedikit persamaan dengan ski. Permainan ini berkembang di Amerika Syarikat pada 1960-an dan 70-an dan menjadi sukan Olimpik pada 1998.