Biografi Lydia_Kandou

Beliau dilahirkan sebagai Lydia Ruth Elizabeth Kandou di Jakarta pada 21 Februari 1963. Beliau berketurunan campuran Manado dan Belanda.[1]

Lydia mula bekerja sebagai model, ketika berusia 16 tahun, Pengarah Imam Tantowi menawarkannya berlakon; beliau membintangi filem sulungnya Wanita Segala Zaman arahan Has Manan. Semasa tempoh lima tahun, beliau berlakon dalam 20 filem, termasuk beberapa filem yang diarahkan oleh Nyak Abbas Akup.[2][3] Ini termasuk memegang peranan sebagai kekasih hati penyanyi Chrisye dalam filem arahan Syamsul Fuad Seindah Rembulan[4] dan beberapa filem dengan rombongan teater Warkop.[3]

Lydia telah dicalonkan untuk Anugerah Citra untuk Pelakon Utama Wanita Terbaik di Festival Filem Indonesia 1984. Beliau terus berlakon pada kadar yang perlahan; antara 1985 dan 1990 Lydia berlakon dalam 10 filem.[3] Di antaranya, beliau menerima pencalonan Anugerah Citra.[2]

Pada 1986 Lydia, seorang Protestan, berkahwin dengan penyanyi dan pelakon Muslim Jamal Mirdad dalam satu majlis perkahwinan sivil. Pada masa perkahwinan antara agama mereka dianggap sebagai "sensasi" oleh media berita[5] dan membawa kepada perbahasan yang menyeluruh mengenai pemilihan majlis perkahwinan itu. Akhirnya, perkahwinan sivil telah diharamkan di Indonesia.[6][7] Berikutan perbezaan agama, perkahwinan ini tidak diiktiraf oleh kerajaan sehingga 1995,[1] dan kes ini masih bersama-sama dalam perbincangan undang-undang sehingga tahun 2000-an.[6]

Pada 1990 Kandou memegang peranan utama dalam filem arahan Nyak Abbas Akup Boneka dari Indiana. Selepas menerima pencalonan lain untuk Anugerah Citra, Lydia dilaporkan gementar; akhirnya beliau menerima anugerah itu, kemenangan pertama beliau.[2] Filemnya yang lain pada tahun itu ialah komedi Warkop.[3] Beliau membintangi Ramadhan dan Ramona pada tahun beriutnya, yang membawa kepada kemenangan lain; suaminya, yang memegang watak utama, menerima Anugerah Citra untuk Pelakon Utama Lelaki Terbaik.[2]

Ketika industri perfileman Indonesia jatuh mendadak pada 1990an Lydia berhijrah ke televisyen. Bermula pada 1993 beliau muncul daam Gara-Gara; pada 1997 beliau meninggalkan rancangan itu untuk menyertai Selendang Sutra Biru.[2] Beliau berlakon dalam sinetron hits Pernikahan Dini pada 2001, memegang watak ibu Dini, Shinta.[8]

Lydia kembali ke layar lebar pada 2004, apabila beliau berlakon dalam d'Trex dan Ketika.[2] Pada 2011 beliau berlakon dalam komedi Kejarlah Jodoh Kau Kutangkap, tajuk yang merujuk kepada karya terawalnya.[9]

Kandou memfailkan perceraian kepada Mirdad pada April 2013.[5] Pasangan ini dikurniakan dua anak: Nana Mirdad, Kenang Kana, Naysila Mirdad, dan Nathana Ghaza.[1] Dua daripada anaknya, Nana dan Naysila, mengikut jejak langkahnya sebagai pelakon.[1]

Rujukan

WikiPedia: Lydia_Kandou http://books.google.ca/books?id=Bl-i5BQ4egMC http://books.google.ca/books?id=gZU0jbXt5MkC http://www.imdb.com/name/nm1097660/ http://www.tamanismailmarzuki.com/tokoh/kandau.htm... http://www.thejakartapost.com/news/2001/07/01/039p... http://www.thejakartapost.com/news/2011/09/06/lydi... http://www.thejakartapost.com/news/2013/04/12/gues... http://filmindonesia.or.id/movie/name/nmp4c24fd759... http://filmindonesia.or.id/movie/name/nmp4c24fd759... http://filmindonesia.or.id/movie/name/nmp4c24fd759...