M-84AS
M-84AS

M-84AS

M-84AS adalah sebuah versi kereta kebal utama M-84 dipermodenkan. Ia dikeluarkan oleh Yugoimport SDPR dari Serbia. M-84AS pertama kali muncul pada tahun 2004 sebagai M-84AB1, tetapi beberapa penambahbaikan yang dibuat telah membuatkan ia didesignasi semula sebagai M-84AS. Kereta kebal ini dilengkapkan dengan sistem kawalan tembakan yang digabungkan dengan pajera siang dan malam.[1] Meriam pada M84A1 telah ditukar dengan meriam yang diperbaiki, bersama-sama dengan ciri-ciri kawalan yang lebih baik, membolehkan penukaran laras di medan adalah lebih mudah dan cepat. Kereta kebal M-84AS boleh melepaskan peluru berpandu anti kereta kebal bersama panduan laser melalui larasnya, menyebabkan tembakan yang lebih tepat ke atas kereta kebal musuh sehingga 5 km.[2]

M-84AS

Tempat asal  Serbia
Dihasilkan 2004
Tinggi 2.23 m
Senjatakedua Mesingan sepaksi 7.62 mm M86, Mesingan anti pesawat 12.7 mm M87
Lebar 3.73 m
Dalam perkhidmatan 2008-kini
Kelajuan 72 km/j
Senjatapertama Meriam laras licin 2A46M 125 mm dan 9M119 Svir
Kuasa/berat 26.7 hp/tan
Berat 45 tan
Sistem ampaian bar kilasan
Panjang 9.53 m
Armor pad bersilinder, high-hardness steel, titanium, aluminum, Tungsten, NERA plus modular Kontakt-5
Enjin diesel
1,200 hp
Jumlah dibina 30 dari 212 buah akan dikeluarkan[petikan diperlukan]
Krew 3 (Komander, jurumeriam, pemandu)
Digunakan oleh  Serbia
Jarakoperasi 700 km
Jenis Kereta kebal utama