M._Ishak
M._Ishak

M._Ishak

Mohamed Ishak bin Shaik Mohamed atau lebih dikenali sebagai M. Ishak merupakan salah seorang penyanyi pujaan ramai era 60-an / 70-an yang sering mendendangkan lagu-lagu di radio Malaysia. Ketika itu pengaruh kumpulan The Beatles dari England telah mewujudkan irama pop yeh-yeh dari 1965 hingga 1971. Istilah ""pop yeh-yeh"" telah diambil dari judul lagu popular The Beatles, (She Loves You - Yeh, Yeh, Yeh). Penyanyi pada zaman 1960-an biasanya diiringi oleh kumpulan kugiran.Beliau mencipta nama dengan lagu Yale-yale. Beliau mula bergiat dalam arena seni sejak tahun 1950-an dengan mengikut kumpulan muzik membuat persembahan di bawah khemah kerja kahwin, sebagai pemain dram. Pada awal 1960-an, Ishak bersama beberapa rakan menubuhkan kumpulan The Young Lovers. Tiga tahun kemudian, Ishak menyertai pertandingan kugiran anjuran Sriwana. Bersama kumpulan itu, mereka ditawarkan menghasilkan album dan menghasilkan 23 EP serta dua LP. Ishak juga pernah bekerjasama dengan Engku Fadillah dan Hamid Buang. [1]M. Ishak menandatangani kontrak rakaman dengan Philips (The Young Lovers) pada tahun 1967 dan pada tahun 1970 dengan Echo. M Ishak yang meninggal dunia akibat barah paru-paru di Singapura, 11.30 malam 3 Mac 2017. Jenazah Allahyarham dibawa ke kediamannya di Blok 19, Boon Keng Road, Singapura dan akan dikebumikan selepas solat Jumaat di Masjid Khadijah, Geylang Road, Singapura. [2] Allahyarham meninggalkan isteri, empat cahaya mata dan beberapa cucu.

M._Ishak

Pekerjaan Penyanyi
Berasal dari Malaysia
Nama lahir Mohamed Ishak bin Shaik Mohamed
Instrumen Vokal
Tahun aktif 1960-an