M._Rafiee
M._Rafiee

M._Rafiee

M. Rafiee Haji Khair, (1924 – 16 September 2010) merupakan salah seorang pelakon filem melayu klasik pada era tahun 1950-an dan 1960-an. Beliau pernah membintangi filem Madu Tiga dan Seniman Bujang Lapok bersama Allahyarham P. Ramlee. M.Rafee juga diingati dengan ayat '... kesian... kesian.. kesian' dalam filem Madu Tiga.[1] Begitu juga adegan dia membaiki motosikal, yang motosikalnya selepas itu terbang ke atas atap rumah, akibat disabotaj Sudin yang berpura-pura mengubahsuai motosikalnya.

M._Rafiee

Dikebumikan Tanah perkuburan islam Pusara Abadi, Lim Chu Kang
Pekerjaan Pelakon
Tahun aktif 1958-1966
Nama lain M. Rafiee
Terkenal kerana ayat '... kesian... kesian.. kesian' dalam filem Madu Tiga.
Meninggal dunia 16 September 2010 (umur 86)
Hospital Besar Changi (CGH), Changi, Singapura
Sebab kematian sakit tua
Kelahiran Mohammad Rafiee Haji Khair
1924
Negeri-negeri Selat (kini Singapura)
Kediaman Singapura